10 Foto Almarhum Tunku Jalil ketika umur 18 tahun...memang hensem dan wajahnya menyejukan mata yang memandang

Berdebar juga hati apabila kali pertama menemu bual seorang kerabat diraja. Namun sebagai persediaan, beberapa carian maklumat mengenai latar belakang anakanda keempat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris, ini sempat dibuat.

Pertemuan yang diatur di penthouse Hotel Hyatt di Johor Bahru berlangsung dalam suasana santai dan lebih rileks. Sementelah Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail seorang yang mudah didekati.

Lebih mesra dengan panggilan Jalil atau Lil di kalangan keluarganya, beliau kelihatan lebih kurus berbanding gambarnya di dalam laman-laman web.

"Saya akui, sebelum ini berat badan saya pernah mencecah sehingga 86 kilogram (kg) dan atas nasihat doktor serta keinginan sendiri, saya berjaya menurunkannya hingga 50 kg.

"Namun, akibat kelihatan terlalu kurus, saya menambah sedikit berat badan dan sekarang, berat saya sudah mencecah 60 kg,"
ujar beliau yang mempunyai ketinggian 180 sentimeter.


Menurut Tunku Jalil, apa yang dilakukannya ialah mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak serta banyak bersenam. Dan sudah tentu, lokasi pilihan beliau ialah di gimnasium Hotel Hyatt sendiri.

Ujarnya, gimnasium tersebut lebih privasi dan beliau yang nampak pemalu itu rasa selesa kerana kedudukannya yang lebih terlindung daripada pandangan orang ramai. Tunku Jalil bersenam di sini sekerap lima kali seminggu.

"Makanan kegemaran saya ialah makanan Jepun serta turut menggantikan hidangan berlemak dengan mengambil salad, makanan kukus serta makanan daripada jenis mediterranean.

"Bagaimanapun, sebagai anak yang dibesarkan dengan asuhan secara sederhana, pemakanan kami sama saja seperti orang lain iaitu ada juga masak gulai serta sayur kangkung,"
katanya lagi.

Sementara jurugambar RAJA JAAFAR RAJA ALI sesekali merakamkan aksi Tunku Jalil ketika sedang ditemu bual, dapat dilihat di sebalik sikapnya yang agak pemalu itu, terpancar betapa beliau sebenarnya bijak beraksi di depan lensa kamera.

Ketika diusik dengan pertanyaan adakah beliau ingin menceburi bidang peragaan, dengan pantas beliau menggelengkan kepala.

Bagi anak muda yang akan mencapai usia 18 tahun pada 5 Julai nanti, dunia peragaan yang menuntut pengorbanan masa yang meletihkan. Itu bukan minatnya.

Tunku Jalil yang meneruskan persekolahan di Sekolah Sri Utama sebelum berpindah ke YPJ Zaikarim International School Johor, mengakui gemar mendekatkan diri dengan aktiviti alam sekitar termasuk meminati haiwan peliharaan eksotik.

Beliau yang mula meminati haiwan sejak kecil juga mengakui, sehingga kini, lebih 20 haiwan telah dipeliharanya termasuk iguana, biawak, ular sawa, harimau, kala jengking, kucing hutan dan monyet.

Ada antara haiwan itu ditempatkan di Zoo Johor dan ada juga yang diletak di depan biliknya di Istana Pasir Pelangi sebagai koleksi peribadi. Kebanyakan haiwan itu diperoleh Tunku Jalil semasa mengikuti ayahandanya melawat perkampungan Orang Asli di negeri ini dan selebihnya daripada kenalan yang mengetahui minatnya itu.

Tunku Jalil tanpa berselindung mengaku membawa sesetengah haiwan itu tidur bersamanya.

Malah Tunku Jalil tanpa berselindung mengaku membawa sesetengah haiwan itu tidur bersamanya. Namun haiwan yang berbisa akan diletakkan di dalam akuarium. Haiwan yang paling disukai beliau ialah piairie dog iaitu spesies tupai tanah berwarna coklat muda yang kini berusia sembilan tahun.

Perbualan kami yang bermula lewat petang dan berlarutan hingga pukul 9 malam itu masih rancak berakhir dengan Tunku Jalil membawa kami bersiar-siar di Zoo Johor sambil menyaksikan beliau memberi makan seekor harimau bernama Azra berusia hampir empat tahun.

Kata Tunku Jalil, Azra pernah dipeliharanya di kawasan istana semasa pak belang itu berumur tujuh bulan.

"Sekarang saya sedang mengikuti latihan praktikal di Zoo Singapura dan demi minat terhadap haiwan peliharaan, saya tidak kisah untuk turut serta melakukan kerja-kerja pembersihan di kandang zoo tersebut.

"Saya juga turut memandikan haiwan serta membersihkan najis mereka. Kerja-kerja itu berlangsung dari pukul 8 pagi dan hanya berhenti kira-kira sebelum waktu tengah hari,"
ujarnya. Namun, ia sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk bergelar ahli zoologi.

Diajak berbicara tentang kehidupan sebagai kerabat diraja yang tentunya dikelilingi dan dilimpahi dengan kemewahan, dengan pantas Tunku Jalil menafikan semua itu. Bagi adinda Raja Muda Johor, Tunku Ismail ini, kehidupan seharian beliau bersama kekanda dan adindanya yang lain sama sahaja seperti kebanyakan orang lain di luar istana.

Ini kerana, menurutnya, mereka juga diberi wang saku dan perlu bijak menguruskan perbelanjaan seharian. Cuma bezanya, ke mana mereka pergi, ia perlu ditemani dan diawasi oleh pengawal peribadi.

"Dan seperti orang lain, jika kami buat salah, kami tetap menerima hukuman dari ayahanda dan bonda," ujarnya.

Sumber: Sembanghangus




0 Response to "10 Foto Almarhum Tunku Jalil ketika umur 18 tahun...memang hensem dan wajahnya menyejukan mata yang memandang"

Catat Ulasan

dzulCYBER