Petanda Kiamat Sudah Muncul? 15 Foto makhluk paling aneh akhirnya berjaya ditemukan di Thailand

Mungkin ini adalah makhluk paling aneh di dunia. Ditemui di Thailand! yang kini menjadi topik hangat netizen dan menjadi viral di media sosial. Dari segi fizikalnya, makhluk ini seakan-akan manusia, namun penampilannya agak berbeza daripada manusia biasa.. Makhluk jantina lelaki ini mencipta baju unik dari pelbagai benda aneh yang diperolehi disekitarnya.

Baju tersebut diperbuat dari benda aneh seperti kulit durian, daun pisang, daun papaya, jerami dan lain-lain. Remaja ini juga turut membuat baju unik dengan memanfaatkan sehelai kain panjang sehingga memukau mata sesiapa sahaja yang melihat fesyen peliknya ini.


Pisang & Durian

Selain baju yang aneh, “pose” dia menggayakan pakaian peliknya itu turut mendapat perhatian warga Netizen kerana kelentikan badannya yang mengalahkan model berpengalaman. Ramai yang kagum dengan keberanian makhluk ini menggayakan “fesyen hutan” yang diciptanya sehingga menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial. 

Dalam akaun facebooknya, makhluk ini menggelar dirinya sebagai 'ThaiBan Fashionist'. Daripada informasi di akaun facebooknya, ternyata dia merupakan warga Khon Kaen, Thailand. Dia juga merupakan seorang siswa di sekolah Fangwittayayon School. Dianggarkan, usia remaja ini di antara 15 atau 17 tahun.

Betik & Buluh

Gambar-gambar yang dimuatnaik oleh ThaiBan menarik banyak perhatian pengguna laman sosial. Setiap gambar yang dimuatnaik olehnya pasti akan mendapat sekurang-kurangnya 3000 “like” dari pengguna laman sosial. Malah setiap gambarnya turut mendapat sehingga beratus-ratus komen. Kami pun tertanya-tanya dan terfikir dari mana dia mendapat idea untuk mencipta baju-baju yang unik dan mungkin tidak pernah kita lihat dan bayangkan sebelum ini.

ThaiBan juga memuatnaik gambar-gambarnya di akaun peribadi Instagram miliknya yang mempunyai 3700 pengikut. Selain itu, tempat atau latar belakang ketika dia menggayakan fesyen peliknya turut menarik perhatian kami. Dia melakukan pertunjukan fesyennya di sawah, sungai, di kebun pisang, tali air sehingga di atas pohon pokok.




Jaring Penghalang Sinaran Matahari

Zink


Pelik-pelik lah! Tak pernah lagi dibuat orang. Hihihi..

Sumber: Infokini

2 Responses to "Petanda Kiamat Sudah Muncul? 15 Foto makhluk paling aneh akhirnya berjaya ditemukan di Thailand"

dzulCYBER