Pelakon cilik Mia Sara kini sudah berhijab?

Tahniah diucapkan kepada pelakon comel molek, Mia Sara Nasuha kerana bakal menjejakkan kaki di Tanah Suci Disember ini setelah permohonan visa untuk menunaikan umrah bersama bapanya, Muhammad Ridhuan diluluskan.

“Perancangan cuti sekolah ini, Mia dan keluarga akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. InsyaAllah, doakan yang terbaik untuk Mia. Mia harap semuanya selamat pergi dan balik. Tolong sama-sama berdoakan Mia ya,” jelasnya kepada portal AgendaDaily.

Peluang tersebut merupakan peluang kali pertama buat Mia menjejakkan kaki di bumi Makkah. Sebelum ini Mia pernah menyatakan rasa syukurnya kerana berpeluang menjana pendapatan sendiri di usia muda.


Malah di awal penglibatannya di dalam dunia lakonan, dia mengakui diejek rakan-rakan di sekolah namun lama kelamaan dia sudah lali dengan perkara tersebut. Apa-apa pun, semoga perjalanan Mia dan kelaurga ke Tanah Suci baik-baik belaka.

Sumber: Rotikaya

0 Response to "Pelakon cilik Mia Sara kini sudah berhijab?"

Catat Ulasan

dzulCYBER