Nizam Laksamana tersingkir di Minggu 6 Konsert Gegar Vaganza 2

Konsert Gegar Vaganza musim kedua (GV2) menamakan Nizam Laksamana sebagai peserta yang tersingkir pada minggu keenam dengan tema Kenangan Terindah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini.

Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap serta komposer, Pak Ngah atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Mohd Zain sebagai juri jemputan memilih Nizam kerana memberikan persembahan kurang menonjol berbanding peserta lain. 

Lapan penyanyi popular tanah air iaitu Nassier Wahab, Ezad Lazim, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan Faradhiya berjaya memukau 1,000 penonton yang hadir memberikan sokongan kepada bintang pilihan mereka. 

Bintang-bintang GV2 diuji dengan diberikan cabaran untuk menyanyikan lagu popular penyanyi lain yang diletakkan dalam senarai permintaan mereka. 


Musim kedua program realiti itu mendapat sambutan hangat daripada peminat dan artis tempatan, yang turut hadir bagi memberi sokongan kepada rakan seperjuangan mereka. 

Barisan peserta GV2 bakal meneruskan cabaran pada minggu hadapan dengan tema RockDut. Namun, Nizam masih punya harapan seandainya beliau menerima imuniti yang dipegang oleh penaja utama, Datuk Seri Vida atas nasihat barisan juri profesional.

Sumber: Berita Harian

0 Response to "Nizam Laksamana tersingkir di Minggu 6 Konsert Gegar Vaganza 2"

Catat Ulasan

dzulCYBER