BAPAK BIAR BETUL! Isu hangat Siti Nurhaliza hamil anak sulung, ini penjelasan Siti yang pasti mengejutkan suaminya, Datuk K

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza belum bersedia berkongsi berita kehamilan yang diharapkan ramai pada masa ini secara terbuka. 

Dia ditemui selepas berakhirnya malam kedua Konsert Suatu Suara Volum 2 bersama Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli Sarip di Istana Budaya, di sini, sebentar tadi. 

"Belum masa untuk saya bercerita mengenai perkara itu (spekulasi hamil) kerana saat ini saya fokus kepada konsert ini. Alhamdulillah ia berakhir dengan jayanya. 

"Tetapi jika itu doa yang baik daripada semua, Siti harap supaya semua mendoakan ia menjadi kenyataan.


PENYANYI, Datuk Siti Nurhaliza ketika sidang media di Istana Budaya berikutan berita kehamilan beliau. - Foto Asyraf Hamzah 

"Ikutkan sebelum ini Siti ada berkongsi mengenai gambar susu kambing dan kurma di laman sosial. Malah saya sempat berkongsi makanan itu kepada Hetty Koes Endang. 

"Sejujurnya Siti terkejut juga dengan laporan berita itu dan ada memaklumkan kepada suami. Pastinya saya akan berkongsi berita baik. Saya tak akan berselindung apa sahaja berita baik. InsyaAllah," katanya kepada BH online. 


DATUK Siti Nurhaliza bersama Hetty Koes Endang (kiri) di Konsert Satu Suara Vol.2 di Istana Budaya. - Foto Zunnur Al Shafiq 

Petang tadi, Siti memuat naik gambar susu kambing dan kurma di laman Instagramnya yang disifatkan sebagai antara kombinasi terbaik bagi mana mana ibu mengandung kerana khasiatnya. 

Ia secara terbuka turut mengundang tanda tanya dan persoalan pengikutnya apakah penyanyi Mikraj Cinta itu sedang hamil. 

Malah ramai turut mengucapkan tahniah selepas BH online menyiarkan berita dengan judul `Siti Nurhaliza kini mengandung? 


DATUK Siti Nurhaliza bersama Hetty Koes Endang (kiri) di Konsert Satu Suara Vol.2 di Istana Budaya. - Foto Zunnur Al Shafiq

Sumber: Berita Harian

0 Response to "BAPAK BIAR BETUL! Isu hangat Siti Nurhaliza hamil anak sulung, ini penjelasan Siti yang pasti mengejutkan suaminya, Datuk K"

Catat Ulasan

dzulCYBER