Apa yang Jihan lakukan ke atas Nabil di pentas Konsert Gegar Vaganza 2 Minggu 6 betul-betul memeranjatkan

Minggu ke-6 Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan ‘Kenangan Terindah’ telah banyak menyentuh jiwa dan hati penonton.

Lebih-lebih lagi lagu Rindu Serindu Rindunya yang pernah menjadi hits sewaktu ketika dahulu membuatkan penonton menyanyikan lagu ini bersama-sama dengan Nizam Laksamana.

Bagaimanapun nasib dan rezeki tidak menyebelahi Nizam kerana tersingkir pada minggu ini.

Kini, hanya tinggal 7 sahaja peserta yang akan terus memperjuangkan bakat mereka di minggu hadapan yang bertemakan ‘Rockdut'.

Jadi portal Murai, kongsikan kepada anda 10 perkara yang menarik yang berlaku sepanjang konsert minggu ke-6 Gegar Vaganza.

1. Petugas ‘live update’media sosial Astro Gempak terpinga-pinga apabila tempat duduk mereka telah diduduki oleh penonton yang tidak dikenali. Namun tidak mahu merumitkan dan bertikam lidah petugas tersebut telah beralih ke tempat lain.

2. Kemasukan penonton ke dalam Auditorium MBSA agak bergerak perlahan pada minggu ini tetapi ia berjalan dengan lancar.


3. Penonton di Auditorium telah diberi peringatan agar menjaga tingkah laku, tidak beraksi sumbang di depan kamera ketika siaran langsung oleh pengurus pentas.

4. Datuk Khadijah Ibrahim tampil dengan persalinan ‘pink’ ala-ala Princess Frozen.

5. Ketika iklan, Nabil mengusik produksi Astro kerana mahu menyingkirkannya daripada menjadi hos GV dengan ugutan tidak mahu membayar bil Astro. Usikannya itu telah buat penonton tergelak besar.

6. Sementara nak menunggu Nassier Wahab membuat persembahan, petugas dan tenaga produksi bertungkus lumus membersihkan pentas yang agak berselerak dengan cebisan kertas.

7. Mahkota berkilau-kilau Datuk Seri Vida menjadi simbolik baru buat penonton di Auditorium.

8. Ketika iklan, Jihan telah mengusik Micheal Ang mengenai rambutnya yang agak semakin menipis itu.

9. Jihan jerit Nabil kerana pijak kainnya yang meleret sebelum siaran langsung bermula di tengah-tengah dewan. Namun mereka berdua juga sempat selfie secara selamba dengan penonton sambil berjalan.

10. Tok Ram masih lagi bawa stok coklat untuk diagihkan kepada rakan-rakan artis yang berada di dalam Auditorium.

Sumber: Murai

0 Response to "Apa yang Jihan lakukan ke atas Nabil di pentas Konsert Gegar Vaganza 2 Minggu 6 betul-betul memeranjatkan"

Catat Ulasan

dzulCYBER