Akhirnya Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil 2 bulan, dijangka bersalin Jun atau Julai 2016

Selepas Sembilan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya hamil hampir dua bulan.

Berita kehamilan itu dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat yang memetik sumber keluarga terdekat penyanyi itu.

Jom saksikan 2 foto 'Baby Bump' Siti Nurhaliza kat SINI yang kelihatan jelas di perutnya.

Mengikut perkiraan, Siti, 36, dijangka bersalin pada bulan Jun atau Julai tahun depan.

Kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila dia menggambarkan seolah-olah sedang berbadan dua selepas bergurau dengan Hetty Koes Endang semasa konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya minggu lalu.

Dalam konsert itu Hetty berkata jika Siti mengandung dia akan memberikan hadiah mikrofon paling mahal.


Siti juga turut memuatnaik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.

Namun Siti dan juga suaminya Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K tidak menafikan dan juga tidak mengiyakan mengenai perkembangan berita baik itu.

Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.

Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006.

Sumber: mStar


1 Response to "Akhirnya Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil 2 bulan, dijangka bersalin Jun atau Julai 2016"

dzulCYBER