18 Gambar Nadia Brian, Heroin drama bersiri 'Akulah Balqis' yang bikin berdarah hidung dan tulang rusuk bergetar

Ramai yang menarik nafas lega apabila drama Hello Mr Perfect yang menghiasi slot Akasia TV3 telah pun tamat siarannya.

Drama ini telah digantikan dengan drama baru arahan Erma Fatima iaitu “Akulah Balqis” menampilkan Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Balqis, Aeril Zafrel dan Nabila Huda.

Namun begitu bila menonton drama ini, sudah tentulah mata terpandang pada heroin cerita ini Nadia Brian kerana wajahnya yang eksotik itu. Ada komen-komen Netizen di Facebook menyatakan wajah Nadia bikin ‘tulang rusuk bergetar’.

Dalam episod permulaan yang disiarkan semalam, Nadia hanya muncul sekejap dalam satu adegan, namun mampu meninggalkan kesan buat penonton. Setakat ini lakonannya tidak nampak ‘kayu’.

Nadia ialah seorang pemegang ijazah, kini berusia 25 tahun dan merupakan seorang yang gemar bersenam.

Adakah drama Erma ini akan menaikkan nama Nadia dalam industri drama dan filem tempatan?

Kalau anda masih ingat, Emma Maembong jua ialah wajah pan-asian yang mula popular setelah membintangi drama Akasia juga arahan Erma Fatima, Kau Yang Terindah tiga tahun lepas.


Sementara itu, nampaknya penonton memberi reaksi juga untuk iklan produk kecantikan yang merupakan penaja slot ini, menampilkan hot mama Maria Farida dan Eyka Farhana.

Jom kita tengok 17 lagi gambar Nadia Brian dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nadia Brian.


















Sumber: Beautifulnara

0 Response to "18 Gambar Nadia Brian, Heroin drama bersiri 'Akulah Balqis' yang bikin berdarah hidung dan tulang rusuk bergetar"

Catat Ulasan

dzulCYBER