12 Fakta menarik sekitar majlis pernikahan Maria Farida dan Datuk Rahman

Pelakon Maria Farida, 46, telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya seorang ahli perniagaan dikenali dengan nama Datuk Rahman, 62, semalam. 

Berikut disiarkan fakta ringkas di majlis pernikahan Maria Farida - Rahman

* Maria Farida telah menjanda selama 10 tahun.

* Datuk Rahman juga merupakan seorang duda.

* Maria mempunyai seorang anak lelaki berumur 18 tahun, Mizan Ashley.

* Rahman mempunyai enam orang anak.

* Maria & Rahman nikah lebih kurang jam 11 pagi di Kuala Lumpur Golf Country Club, Bukit Kiara.

* Dengan sekali lafaz, Maria & Rahman sah sebagai suami isteri.

* Maria menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 beserta sebentuk cincin.

* Tiada wang dan dulang hantaran diberikan oleh pihak lelaki.

* Tiada majlis persandingan diadakan setakat ini.

* Datin Sri Tiara Jacquelina, Fasha Sandha dan Ferhad antara rakan artis yang hadir.

* Majlis diadakan secara tertutup hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja dijemput hadir.

* Peminat boleh melihat gambar-gambar di majlis pernikahan tersebut dengan hashtag #kisahcintamariarahman

Sumber: Mediahiburan


0 Response to "12 Fakta menarik sekitar majlis pernikahan Maria Farida dan Datuk Rahman"

Catat Ulasan

dzulCYBER