Masih ingat pelakon Annahita Bakavoli yang berkahwin dengan Datul Saiful, mereka sudah bercerai talak satu, cuba lihat apa yang terjadi kepada Annahita sungguh mengejutkan

Sekitar bulan April tahun lepas, gosip pelakon Annahita Bakavoli dan suaminya telah berpisah menjadi bualan yang cukup hangat. Namun, perkara itu telah dinafikan oleh beliau sendiri dan memberitahu masih lagi bergelar isteri orang.

Terbaru, suaminya Datul Saiful Bahar Mohd Arshad memberitahu mereka sudah berpisah dan sah bercerai talak satu tanggal 1 Oktober lepas di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Keputusan untuk menamatkan rumah tangga yang dibina selama lima tahun lamanya ini dibuat selepas tiada persefahaman lagi antara mereka.


"Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang."

Saiful yang kini sedang bercuti di luar negara mengucapkan yang terbaik buat Annahita dan mendoakan agar pelakon itu akan menemui kebahagiaan baharu selepas ini.

Berkahwin pada tahun 2010 Datuk Saiful Bahar dan Annahita bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.




0 Response to "Masih ingat pelakon Annahita Bakavoli yang berkahwin dengan Datul Saiful, mereka sudah bercerai talak satu, cuba lihat apa yang terjadi kepada Annahita sungguh mengejutkan"

Catat Ulasan

dzulCYBER