Kata-kata terakhir pengantin lelaki yang maut dalam kemalangan ngeri di Kampung Renek, Jerteh

Hari ini, ramai rakyat Malaysia yang meluahkan rasa sedih atas kejadian yang berlaku kepada sepasang pengantin dan keluarga apabila mereka terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di KM93, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, Jerteh di sini pada pukul 2.20 petang tadi.

Kejadian menyebabkan pengantin lelaki Muhamad Norizan Mohd Noor, 20, ibu mertuanya Rozila Jusoh, 42, dan dua adik iparnya Norma Mohd Zaki, 15, dan Muhammad Haikal Zaki, 2 maut manakala pengantin perempuan mengalami cedera parah selepas tangan dan peha kirinya patah.

Memetik laporan Bernama, ketika kejadian, mereka berlima yang berada di dalam sebuah kereta jenis Produa Viva yang dipandu Norizan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Setiu sebelum kenderaan jenis Perodua Viva itu terbabas setelah melanggar sebuah kereta sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu gagal mengelak lalu merempuh mereka secara berhadapan.


Menurut abang Norizan, Mohamad Nazri, 29, beliau ternyata terkejut mendengar berita ini di mana sebelum itu adiknya berjumpa untuk meminjam kereta Viva miliknya bagi menjemput pengantin perempuan dan keluarganya untuk majlis menyambut menantu di kediamannya di Kampung Gong Terap, Setiu.

Katanya, majlis nikah adiknya itu diadakan pada malam Rabu lepas di rumah pengantin perempuan di Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

"Ketika dalam perjalanan pulang, arwah adik ada menghubungi saya bertanyakan tentang persiapan majlis kenduri di rumah bagi menyambut kedatangan adik ipar saya ke kampung kami," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Besut.

Suami Rozila, Zaki Abdullah, 45 berkata beliau reda dengan pemergian isteri dan dua anaknya serta menantunya yang belum sempat dikenali dengan lebih dekat.


3 Responses to "Kata-kata terakhir pengantin lelaki yang maut dalam kemalangan ngeri di Kampung Renek, Jerteh"

  1. mana kata-katanya??????????????????????????????????????????????

    BalasPadam
  2. kadang ceritanya susah dmengerti Ogah jadinya

    BalasPadam

dzulCYBER