AKHIRNYA BERSUARA! Inilah kata-kata luahan hati ayah Intan Suraya, Pelajar Tingkatan 5 dikelar dan dibunuh lelaki 20 tahun, bekas kekasihnya

Setelah beberapa hari kes anaknya yang mati dibunuh dengan kejam, ayah mangsa meluahkan sedikit perasaannya.

Keluarga arwah Intan Suraya Mawardi yang maut dikelar, memohon orang ramai hentikan segala spekulasi dan hormat perasaan mereka yang masih trauma.

LUAHAN AYAH

Bapa mangsa, Mawardi berkata, kejadian yang menimpa anak sulungnya cukup mengejutkan dan memilukan mereka.

Dia berharap semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi buruk yang boleh menimbulkan fitnah dan sehingga keluarganya menjadi trauma.
Ini luahannya:


“Tolong hormati perasaan kami. Kes berkenaan sudah diserahkan kepada polis dan biar undang-undang menentukannya.

“Kami pasrah dengan apa yang terjadi dan yang penting kematian Intan Suraya akan mendapat pembelaan sewajarnya,”

RAWATAN KAUNSELING

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Yahaya sempat berkunjung di rumahnya, pagi tadi.

Dalam kunjungan itu, Dr Hilmi berkata, keluarga arwah bakal menjalani rawatan kaunseling dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan keluarga mangsa untuk mendapatkan rawatan berkenaan berikutan mereka kini masih lagi dalam keadaan trauma.

Beliau berkata, bukan mudah untuk melalui peristiwa kehilangan anak perempuan kesayangan yang masih bersekolah dan sepatutnya menduduki peperiksaan SPM minggu depan.

Sumber: 0hhsem

0 Response to "AKHIRNYA BERSUARA! Inilah kata-kata luahan hati ayah Intan Suraya, Pelajar Tingkatan 5 dikelar dan dibunuh lelaki 20 tahun, bekas kekasihnya"

Catat Ulasan

dzulCYBER