AKHIR ZAMAN! 15 Gambar fesyen paling pelik di Anugerah Planet Muzik 2015 malam tadi

Penyanyi yang berasal dari Singapura, Taufik Batisah mengungguli malam Anugerah Planet Muzik 2015 yang berlangsung di Suntec, Singapura malam tadi.

Berjaya membawa pulang empat trofi, Taufik berjaya mendominasi kategori Lagu Paling Popular Singapura, Artis Paling Popular Singapura, Ikon Media Sosial dan Lagu Paling Popular menerusi lagu Awak Kat Mane.

Penyanyi Faizal Tahir juga berjaya membawa pulang dua trofi menerusi kategori Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Terbaik Serantau menerusi lagu Assalamualaikum.

Penyanyi baru Indonesia, Kunto Aji berjaya memenangi dua kategori iaitu Artis Baru Terbaik Lelaki dan Lagu Terbaik Indonesia menerusi lagu Terlalu Lama Sendiri.

Dihoskan oleh Fiza O dari Singapura, Caesar Gunawan dari Indonesia dan Jihan Muse dari Malaysia, Anugerah Planet Muzik 2015 bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Astro Ria bermula jam 9.00 malam.

Mari kita semak senarai pemenang Anugerah Planet Muzik 2015 malam tadi:

1. Lagu Paling Popular Singapura
Awak Kat Mane - Taufik Batisah

2. Artis Paling Popular Singapura
Taufik Batisah

3. Artis Baru Terbaik Lelaki
Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji

4. Artis Baru Terbaik Wanita
Knock Knock - Elizabeth Tan

5. Kolaborasi Terbaik Lagu
Jangan Cuba Berlari - Sezairi
Komposer / Lirik: Tulus

6. Kolaborasi Terbaik Artis
Seluruh Cinta - Dato' Siti Nurhaliza & Chakra Khan

7. Duo / Kumpulan Terbaik
Kamu Yang Ku Tunggu - Dato' Rossa & Afgan

8. Ikon Media Sosial
Taufik Batisah

9. Artis Paling Popular APM
Fatin Shidqia Lubis

10. Lagu Paling Popular APM
Awak Kat Mane - Taufik Batisah

11. Band Terbaik
Lisa - Iman's League feat. The Lion Story

12. Artis Terbaik Lelaki
Apakah Ini Cinta - Judika

13. Artis Terbaik Wanita
Jatuh Hati - Raisa

14. Anugerah Rentas Plenat
Anggun

15. Lagu Terbaik Singapura
Lisa - Iman's League feat. The Lion Story

16. Lagu Terbaik Malaysia
Assalamualaikum - Faizal Tahir

17. Lagu Terbaik Indonesia
Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji

18. Lagu Terbaik Serantau
Assalamualaikum - Faizal Tahir

19. Anugerah Khas Rentas Planet
A Ramlie & The Rhythm Boys





0 Response to "AKHIR ZAMAN! 15 Gambar fesyen paling pelik di Anugerah Planet Muzik 2015 malam tadi"

Catat Ulasan

dzulCYBER