JASA - Najib Razak sudah jawab 48 kali isu 1MDB tapi orang ramai...

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kesal dengan sikap orang ramai yang masih menganggap, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak belum menjawab persoalan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Perdana Menteri sudah 48 kali menjawab isu 1MDB tapi orang ramai masih mainkan isu ini.

“Tetapi isu dikaitkan dengan penyelewengan sudah tentu Perdana Menteri tidak boleh jawab dan menyerahkan kepada PAC dan pihak berkuasa untuk menyiasat,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya bersama Jasa Negeri Sembilan di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Jasa negeri, Mustafa Nagoor.


Menurutnya, Jasa akan mengedarkan buku bagi menjawab segala persoalan tentang 1MDB dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, kita sudah edarkan buku 22 Jawapan Najib Razak pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Seremban yang diadakan baru-baru ini.

“Sekarang kita sudah kumpulkan soalan dibangkitkan Tun Mahathir, Sarawak Report dan isu yang dimaikan portal seperti Malaysian Insider dan Malaysia Kini.

“Kita sudah sediakan jawapan kepada soalan ini berdasarkan jawapan yang diberikan Perdana Menteri dan dari laman web 1MDB,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, buku tersebut sudah siap dan sudah diserahkan kepada Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk tujuan kemas kini.

“Kita telah serahkan buku kepada Arul Kanda untuk kukuhkan jawapan sebelum mengedarkannya kepada orang ramai dalam masa seminggu lagi,” katanya.


0 Response to "JASA - Najib Razak sudah jawab 48 kali isu 1MDB tapi orang ramai..."

Catat Ulasan

dzulCYBER