5 Tips paling mujarab menghadapi Saat Malam Pertama

5 Tips Menghadapi Saat Malam Pertama

Apabila seseorang itu mahu berkahwin, malam pertama sering menjadi bayangan utama. Ada yang asyik terfikir-fikir bagaimanalah saat pada malam pertama nanti. Ada yang bingung, resah terutama pada pasangan yang baru sahaja dikenali. Adakah mereka akan kekok atau sebaliknya? Malam pertama merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh bakal pengantin. Masing-masing berdebar-debar. Apa yang pasti, malam pertama ini menjadi rahsia di antara kedua-dua pasangan.

# Tips 1 Mendirikan Solat Sunat

Perkara ini amat jarang sekali dilakukan. Kita perlu tahu dan berbalik kepada konsep asal. Mengapa kita mahu melakukan persetubuhan dengan isteri. Ya, antaranya mahu melahirkan zuriat bukan? Bukahkah adalah lebih baik jika mendirikan solat sunat dan memohon kepada Allah, agar ibadah yang ktia lakukan ini mendapat redha daripada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah, agar anak yang mahu kita lahirkan menjadi anak yang soleh, anak yang taat kepada ibu bapanya dan menjadi pejuang agama suatu hari nanti.

#Tips 2 Membersihkan Badan

Jangan biarkan tubuh badan kita berbau. Maka ambil lah inisiatif untuk membersihkan badan dan mengenakan sebarang wangian yang lembut. Ia sedikit sebanyak akan menjadikan pasangan kita suka dengan aroma bau-bauan. Secara tidak langsung ia akan meningkat rasa ghairah di antara pasangan.

#Tips 3 Suasana Ketika Malam Pertama

Jangan biarkan suasana dalam keadaan terlalu gelap. Berikan sedikit pencahayaan agar kita dapat melihat wajah pasangan kita. Selain itu, sekiranya persetubuhan sudah berlaku, elakkan kita terdedah dalam keadaan tanpa berpakaian. Seeloknya, tutuplah sedikit tubuh badan kita dengan selimut atau kain. Ini antara adab yang dianjurkan dalam Islam.


#Tips 4 Bersabar Tidak Gelojoh

Menghadapi saat malam pertama, seseorang itu hendaklah sentiasa bersabar dan melakukannya tanpa sebarang perasaan gelojoh. Ini penting bagi memastikan kedua-dua pasangan mencapai kepuasan tanpa sebarang masalah. Perasaan malu dan kekok kebiasaannya ada. Namun ia boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Malu itu perkara biasa. Tetapi jangan jadikan malu itu berpanjangan kerana ia boleh mencetuskan perasaan dingin terhadap pasangan.

# Tips 5 Mandi Wajib

Tidak kiralah bilakah waktu kita melakukan persetubuhan, ia mesti diakhiri dengan mandi wajib. Sekiranya kita melakukan persetubuhan sebelum subuh, sila pastikan kita sempat mandi wajib dan mendirikan solat subuh. Jangan biarkan kita terlewat dan tidak sempat untuk menunaikan ibadah solat. Menjadi satu kebiasaan jika kita melakukan persetubuhan, pasangan akan tertidur kepenatan. Maka, adalah lebih baik jika segera bangun awal untuk menunaikan solat subuh selepas mandi.


1 Response to "5 Tips paling mujarab menghadapi Saat Malam Pertama"

dzulCYBER