Subhanallah! Bayi ditanam hidup-hidup selama lapan hari masih hidup

Seorang bayi yang baru lahir telah ditemui masih hidup selepas dikebumikan selama lapan hari di tanah perkuburan di pergunungan wilayah Guangxi di selatan China.

Bayi lelaki ini telah ditinggalkan oleh ibu bapanya di Tian Dong County selepas lahir dengan bibir sumbing. Tetapi dengan kuasa Allah, dia ditemui selepas seorang wanita pertengahan umur mendengar beliau menangis ketika dia telah mengumpul herba untuk perubatan Cina, dilaporkan People's Daily Online.

Wanita itu, yang bernama Lu Fenglian, terkejut apabila mendengar bunyi tangisan dan menyangka kawasan gunung itu berhantu lalu lari ke kuil Buddha untuk minta bantuan.

Fenglian, sukarelawan tetap di Kuil Siping, kemudian mendapatkan bantuan seorang sami dan kembali ke tempat kejadian, di kawasan Long Feng Ridge.

Sami berusia 75 tahun, Zhao Shimin, menyedari bahawa menangis sebenarnya datang daripada seorang bayi yang ditanam di kawasan kubur yang tidak bertanda.

Beliau terus menghubungi polis yang kemudian tiba di tempat kejadian dan menyelidik bayi itu.


Kanak-kanak itu dikebumikan hanya lima sentimeter di bawah permukaan di dalam kotak kadbod, dan diselubungi tanah.

Polis turut menemui selimut dan lain-lain pakaian di dalam kotak.

Bayi itu kemudian dikejarkan ke Tian Dong County Hospital Rakyat di mana dia menerima rawatan perubatan kecemasan.

Penjaga, Auntie Liu, berkata apabila bayi itu tiba di hospital, bayi itu berada dalam keadaan yang sangat teruk dan terpaksa disimpan dalam inkubator selama beberapa hari.

Turut memeranjatkan, apabila doktor membersihkan kotoran dari badan bayi itu dan bayi itu batuk sehingga mengeluran gumbalan hitam tebal dipercayai kotoran yang dia telah ditelan ketika ditanam di bawah tanah.

Dipercayai bayi itu mampu untuk terus hidup dengan kehadiran air hujan dengan kelembapan yang mencukupi. Subhanallah!

Zhao berkata,"Bayi itu ditanam hidup-hidup di kawasan kubur yang tidak bertanda dan ditemui masih hidup, bayi itusudh tentu telah dilindungi Tuhan.


0 Response to "Subhanallah! Bayi ditanam hidup-hidup selama lapan hari masih hidup"

Catat Ulasan

dzulCYBER