Video : Saat cemas dalam pesawat MH370 sebelum hilang

Kapten Zaharie Ahmad Shah diandaikan ‘merampas’ MH370 sebelum beliau sendiri pengsan dan pesawat itu kemudian digambarkan terjunam ke dalam laut dan hancur berkecai.

Demikian antara paparan yang terkandung dalam dokumentari terbaru rangkaian televisyen National Geographic berjudul ‘Air Crash Investigation: Where Is Malaysian 370?’.

Dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat berkenaan yang sepatutnya disiarkan pada 8 Mac ini sempena ulang tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu, bocor dan dimuatnaik sejak 16 Februari lalu.

Dalam paparan dokumentari itu, Kapten Zahari yang sudah berkhidmat kira-kira 33 tahun dengan MAS, digambarkan mengunci pintu kokpit selepas Pembantu Juruterbang, Farid Abdul Hamid, keluar untuk mengambil minuman, ketika pesawat berada di suatu kawasan.

Lakon semula menunjukkan Kapten Zahari (lakonan Von Flores) kemudian memakai topeng oksigen selepas pesawat berada pada ketinggian tertentu.

Beg oksigen penumpang juga ditunjukkan jatuh dari tempatnya, sementara Farid (lakonan Adriano Sobretodo Jr) dan anak kapal (lakonan Lisa Lau) mengetuk dan berusaha membuka pintu kokpit sebelum kedua-duanya tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen.

Paparan dokumentari kemudian beralih ke dalam kokpit yang menunjukkan Kapten Zahari membuka topeng oksigen, sebelum beliau juga tidak sedarkan diri dan pesawat itu terus menjunam ke laut.


Sebelum ini, akhbar dan portal berita melaporkan bahawa rangkaian televisyen itu akan menyiarkan dokumentari berkenaan pada 8 Mac, untuk tontonan umum, namun kemudian mereka menyatakan bahawa dokumentari itu hanya akan disiarkan di Britain sahaja.

Dokumentari berdurasi 44 minit 25 saat itu bakal disiarkan sempena ulang tahun pertama kehilangan MH370 dengan menyediakan bukti terbaru bahawa pesawat berkenaan terbang ke Antartika pada hari kehilangannya.

Dokumentari itu menemubual beberapa personaliti terkenal dalam siasatan nahas pesawat, termasuk bekas penyiasat kanan NTSB, Malcolm Brenner; Naib Presiden Kanan Inmarsat, Chris McLaughlin dan Penganalisis Penerbangan ABC News, John Nance.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada 8 Mac tahun lalu.


Selain daripada teori baharu daripada pakar, National Geographic juga mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan.

Sumber asal : Suaratv

0 Response to "Video : Saat cemas dalam pesawat MH370 sebelum hilang"

Catat Ulasan

dzulCYBER