Respon Putri Mardiana isu ditangkap khalwat kali kedua minggu lalu

Pada hari Sabtu yang lalu, kita digemparkan dengan cerita panas bahawa pelakon Putri Mardiana sekali lagi telah ditangkap khalwat bersama kekasihnya Shahrizam Abdullah ataupun lebih dikenali sebagai E-Jump.

Lebih hangat lagi, pasangan dua sejoli ini telah dicekup di kediaman milik isteri E-Jump, Nor Hasni di Subang Jaya. Perkara tersebut juga telah disahkan oleh isterinya.

Susulan penangkapan tersebut, pelbagai spekulasi mula melanda di media massa serta media sosial. Ramai yang beranggapan Putri Mardiana telah membuat masyarakat memandang serong kepada status janda.

Walaupun sedang dihimpit kontroversi, Putri Mardiana enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.


Putri Mardiana dan E-Jump kali pertama diserbu pada Disember tahun lalu di sebuah kondo di Ukay Perdana. Namun, pelakon tersebut mendakwa ada individu yang cuba memerangkap beliau dan memberikan alasan E-Jump hanya sekadar singgah untuk melepaskan dahaga selepas menghantar beliau ke rumah dan tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh.

Kenapa sekarang sudah tiada komen? Mahu mencari alasan baru untuk menutup kesalahan ke? Apa-apa pun jika anda berdua sudah saling mengasihi adalah lebih baik untuk lekas-lekas mendirikan rumah tangga. Tiadalah fitnah dan gosip hangat lagi kan?

Sumber : Beautifulnara

0 Response to "Respon Putri Mardiana isu ditangkap khalwat kali kedua minggu lalu"

Catat Ulasan

dzulCYBER