Penjelasan sebenar Lisa Surihani isu hamil guna kaedah tabung uji (IVF)

Semasa Yusry KRU mengesahkan bahawa isteri tercinta Lisa Surihani sedang mengandung anak mereka yang pertama, peminat industri hiburan tempatan turut merasa teruja kerana akhirnya pasangan ini bakal menimang cahaya mata setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga.

Susulan berita kehamilan tersebut, ada pihak yang menyatakan kemungkinan besar Lisa Surihani sedang mengandungkan bayi kembar. Namun, hanya Yusry sahaja sebelum ini yang memberikan respon mengenai kehamilan tersebut manakala Lisa megambil keputusan untuk berdiam diri.

Terbaru, Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan sedikit mengenai kehamilannya.

"Dia (Yusry) kata ‘Insya-Allah tahun hadapan kita akan menyambut ‘bertiga’ bersempena dengan majlis ulang tahun perkahwinan kami.

Jadi pada saya itu sudah cukup memberi jawapan saya mengandung kembar atau tidak. Apa pun saya tidak mahu banyak berkata tidak, malah mama saya pun tidak suka kerana ini adalah rezeki.

Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai hal ini. Biar semuanya betul-betul stabil dahulu."


Kata orang-orang tua adalah lebih baik untuk tidak terlalu gembira jika kehamilan baru di peringkat awal. Apa-apa pun doakan segalanya berjalan dengan lancar buat Lisa Surihani dan Yusry KRU untuk bergelar ibu dan bapa. Rasanya ramai yang nak lihat Yusry Jr mungkin? Hehe

Sumber : Beautifulnara



0 Response to "Penjelasan sebenar Lisa Surihani isu hamil guna kaedah tabung uji (IVF)"

Catat Ulasan

dzulCYBER