Penjelasan sebenar Kaka dituduh perampas kekasih Tasha Shilla

Akhirnya Kaka Azraff membuka mulut di atas dakwaan mengenai dirinya yang didakwa menjadi punca perpisahan kepada hubungan cinta Tasha Shilla dan juga Hans yang kecoh diperkatakan baru-baru ini. Malah dalam dakwaan itu juga turut menyebut bahawa dia dilabelkan sebagai perampas.

“Persoalannya sekarang adalah kenapa Kaka dikaitkan dalam cerita ini? Apa yang boleh saya katakan, saya tidak ada kena mengena langsung dalam hal mereka. Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini”

“Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka,”
katanya bintang kelahiran Mentor ini yang dipetik daripada Berita Harian.

Menurut Kaka, dia pernah terserempak dengan mereka hanya sekali di sebuah majlis. Walaupun mengaku berkawan dengan Tasha, Kaka akui langsung tidak pernah terfikir apatah lagi mahu mengambil tahu hubungan wanita itu bersama kekasihnya.

“Saya pernah terserempak dengan mereka bersama hanya sekali di sebuah majlis. Itu saja dan kami OK saja. Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya. Saya harap mereka dapat selesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain,” katanya.

Sumber : Rotikaya


0 Response to "Penjelasan sebenar Kaka dituduh perampas kekasih Tasha Shilla"

Catat Ulasan

dzulCYBER