Pengakuan panas Kaka Azraff isu didakwa rampas kekasih Tasha Shilla

Hujung minggu lalu, nama Kaka Azraff dikaitkan dengan khabar angin mengenai pergolakan hubungan percintaan antara Tasha Shilla dan kekasihnya, Han.

Lebih parah lagi, Kaka dituduh menjadi orang ketiga dan dikatakan telah merampas Han daripada Tasha. Seriouslah?

"Kaka tak ada kena mengena dalam hal percintaan sesiapa pun. Istilah rampas merampas itu adalah tidak benar sama sekali."

Menurut khabar angin lagi, Kaka juga telah dikeluarkan daripada group WhatsApp yang disertai oleh beberapa rakan artis lain selain dicop perampas.

"Kami tidaklah rapat seperti yang disangka. Kaka cumalah salah seorang rakan selebriti yang mengikut perjalanan mereka ke Bali. Di situ, Kaka okaylah dengan semua, tak ada masalah. Tapi lepas balik dari Bali, Kaka dah tak aktif dalam group WhatsApp tu lagi. Kaka tak pasti group WhatsApp tu ada lagi atau tak, tapi kalau ada lagi, mungkin ada lah. Kaka tak ada dalam tu. – Hot FM"

Hmm soalan di atas tak bertemu jawapan. Tak kisahlah sama ada Kaka yang keluar daripada group WhatsApp itu atau dia dikeluarkan. Yang penting sekarang ni, Kaka dah menjelaskan yang dia bukan punca perpisahan Tasha dan Han.

Mungkin Tasha dan Han boleh berbaik semula dan sambung kembali impian mereka untuk berkahwin tak lama lagi.

Sumber : Ohbulan


0 Response to "Pengakuan panas Kaka Azraff isu didakwa rampas kekasih Tasha Shilla"

Catat Ulasan

dzulCYBER