Luahan sedih Nazim Othman isu hidap penyakit ketumbuhan otak?

Sampai sekarang Nazim Othman masih berteka teki mengenai status kesihatannya. Semalam pelakon popular Astana Cinta Aleesa itu telah memuatnaik gambar ayat Al-Fatihah di dalam Instagram Beliau.

Antara bait-bait ayat yang menyedihkan daripada Nazim Othman :-

" Setiap kali tidur , ada kebarangkalian kita tak akan bangun kembali. Tapi Allah bangunkan kita, bagi kita nafas dan ruang supaya kita lebih dekat denganNya. Allah selalu ada. Kita yang alpa. Sama-samalah bersyukur selagi bernyawa. Alhamdulillah. "

Peminat Nazim Othman turut memberi kata-kata semangat kepada beliau supaya sentiasa tabah dan cekal hadapi ujian dalam kehidupan. Sama-sama kita doakan Nazim Sihat dan berharap masalah kesihatan yang dihadapi oleh Nazim kembali pulih.

Kami doakan Nazim Othman sentiasa tabah - Blogaleuto.



0 Response to "Luahan sedih Nazim Othman isu hidap penyakit ketumbuhan otak?"

Catat Ulasan

dzulCYBER