Luahan sayu Hanez Suraya & Romie selepas berkahwin yang bikin meremang bulu roma

Semasa sidang media berlangsung selepas sahaja selesai upacara akad nikah di Masjid Putra, Putrajaya kelmarin, Romie seakan-akan sebak apabila menceritakan mengenai pernikahan mereka dan menjelaskan bahawa pernikahan ini ialah bukti cintanya pada Hanez Suraya dan berharap cerita-cerita kurang enak sebelum ini tidak dibangkitkan semula kerana apa yang telah terjadi adalah suratan dan takdir antara mereka.

“Pernikahan ini adalah bukti saya cintakan Hanez dan mahu menjadi seorang suami yang baik dan membimbingnya ke arah kebaikkan selepas ini dan apa yang kami berdua lalui, Alhamdulillah ia berakhir dengan ikatan yang sah dan berharap tiada apa lagi akan dibangkitkan selepas ini,” ujarnya.

Romie turut memberitahu bahawa dia kagum dengan kecekalan Hanez apabila dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini dan penerimaan Hanez terhadap kedua-dua anaknya membuatkan dia sungguh terharu kerana baginya tidak semua wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang mempunyai anak tetapi Hanez berbeza daripada wanita-wanita lain.

“Baru sahaja kahwin, Hanez sudah ada dua anak dan bukan semua wanita sanggup untuk terima tanggungjawab itu. Tetapi dia cekal dan kuat untuk berhadapan dengan segala cabaran yang dlalui sebelum ini dan doa saya jodoh kami akan berkekalan selama-lamanya,” tambahnya.


Menurut Hanez Suraya, dia menjelaskan bahawa selepas ini dia akan lebih memberikan tumpuannya kepada keluarga dan karier lakonannya jatuh di tempat kedua. Kariernya dalam lakonan akan tetap diteruskan sekiranya masih ada tawaran berlakon tetapi dengan keizinan suaminya.

“Masih akan berlakon tetapi buat masa ini rumah tangga dan anak-anak menjadi keutamaan.
Romie juga tidak menghalang saya terus berlakon tetapi saya ingin perlahankan seketika dan itu keputusan saya,”
katanya.

Pasangan ini memberitahu merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah pada April ini dan itu juga adalah lokasi bulan madu mereka.

"Insha Allah kami akan mengerjakan ibadah umrah pada bulan April depan,” tambah Romie.

Sumber : Rotikaya

0 Response to "Luahan sayu Hanez Suraya & Romie selepas berkahwin yang bikin meremang bulu roma"

Catat Ulasan

dzulCYBER