Foto terkini Emma Maembong yang kelihatan sayu

Sejak dua menjak ni, banyak betul kita dengar berita kurang enak mengenai pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak temasuklah perihal peribadi.

Walaupun mempunyai peluang untuk memberitahu umum mengenai status sebenar hubungannya dengan Emma, Zizan masih membisu seribu bahasa.

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, sekali lagi Emma tampil membuat kenyataan. Kata Emma, dia tidak menolak seandainya mereka ditakdirkan kembali bersama.

Secara jujurnya, kami rasa pasangan ini masih menyanyangi. Tak percaya? Nah, baca statement Emma ni.

"Kami sudah berkawan selama dua tahun dan kami saling mengenali keluarga masing-masing serta berbincang untuk ke peringkat seterusnya. Nak ke kita putuskan begitu saja?

Saya tidak pernah memberi kenyataan sama ada hendak kembali atau tidak dengan dia (Zizan). Semua ini bergantung pada soal jodoh namun buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan padanya."

Pasti korang pun tertanya-tanya mengapa Emma kerap hadir menemani Zizan walaupun mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan. Betul tak?

"Orang luar membuat andaian bahawa saya berada disamping Zizan ketika dia senang saja adalah tidak benar sama sekali. Saya ada untuk menyokongnya ketika Maharaja Lawak Mega, Akademi Fantasia, kes mahkamah serta banyak lagi.

Saya sentiasa ada untuk dia. Saya tidak pernah cakap saya benci dia dan kami tidak bermusuh. Walau sekarang pun dia panggil saya untuk bercerita masalah, saya ada untuk dia."

Hmm, tak apalah Emma. Kalau dah jodoh kamu dengan Zizan, lari sampai hujung dunia pun pasti bersatu juga. - Ohbulan.


0 Response to "Foto terkini Emma Maembong yang kelihatan sayu"

Catat Ulasan

dzulCYBER