8 Foto terakhir Diana Rafar berseronok dengan anak sebelum bercerai

Keputusan yang diambil pasangan ini untuk berpisah merupakan satu kejutan malah dalam masa yang sama membuatkan peminat mereka tertanya-tanya tentang cerita di sebalik perpisahan itu. Setelah Zamarul Hisham tampil membuat penjelasan, kini tiba giliran Diana Rafar menerangkan situasi beliau.

Menurut Diana, perpisahan mereka ketika ini merupakan salah satu jalan untuk muhasabah diri sendiri ke arah yang lebih baik selepas ini.

“Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul”

“Apa yang berlaku menjadi ruang untuk saya sendiri menilai mana sahabat dan orang yang benar-benar ikhlas untuk urusan perniagaan ataupun persahabatan dan yang mana lawan serta sebaliknya. Insya-Allah saya lebih berhati hati selepas ini,” katanya sperti yang dipetik daripada temuramah bersama Berita Harian.

Selain itu Diana juga tidak menafikan megenai kewujudan individu yang cuba mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku yang mungkin juga terdiri daripada orang terdekat, sahabat atau sebagainya.

Ketika ditanya apakah beliau masih menyayangi bekas suaminya itu seperti mana Zamarul menyayangi sehingga kini, Diana hanya membiarkan persoalan itu berlalu sepi.

“Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah,” katanya.

Sumber : Rotikaya









0 Response to "8 Foto terakhir Diana Rafar berseronok dengan anak sebelum bercerai"

Catat Ulasan

dzulCYBER