2 Foto sekitar persiapan pelamin Hanez Suraya dan Romie

Tinggal tiga hari saja lagi pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi dengan kisah percintaannya, Hanez Suraya bakal bergelar isteri.

Rasanya, korang pun mesti dah tahu siapa bakal suami Hanez kan? Haa, tak lain tak bukan adalah Romie Razin Adilha.

Seperti pasangan lain, dah tentulah Romie dan Hanez berdebar-debar menantikan hari bahagia mereka. Apabila kami intai Instagram Hanez, nampaknya kesemua persiapan telahpun dibuat.

Kalau korang nak tahu, semalam Hanez ada berkongsi foto pelamin tau! Wah, excited punya pasal, pelamin Hanez dah pun hampir siap. Pantas!

Walaupun foto yang dikongsi ini tak menunjukkan keseluruhan pelamin, kami pasti ianya bakal menjadi pelamin paling grand sekali!


Haa, rasanya dah jadi trend sekarang kot. Asal nak kahwin, yang jadi crew pasti dapat tag. Jika sebelum ini Sharifah Sakinah ada berkongsi tag untuk majlis perkahwinannya nanti, kini giliran Hanez pula.

Cuma yang berbeza dari segi rekaan. Tag perkahwinan Hanez nampak lebih lembut dengan penggunaan warna cream.

Kalau tuan punya badan dah teruja, kami sebagai pemerhati ni lagilah tak sabar nak tengok majlis Hanez nanti.

Doa kami semoga Hanez dan Romie bahagia hingga ke syurga ya. Barulah #tilljannah.

Sumber asal : Ohbulan



0 Response to "2 Foto sekitar persiapan pelamin Hanez Suraya dan Romie"

Catat Ulasan

dzulCYBER