Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

(7 FOTO) Punca sebenar Awal Ashaari kemalangan teruk di Ayer Keroh, Melaka

Berdebar perasaan kami sebaik melihat gambar kereta dipercayai milik Awal Ashaari yang remuk teruk akibat kemalangan.

Menurut Zuan Azmi menerusi laman Instagram miliknya, Awal terlibat dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya PLUS berdekatan R&R Ayer Keroh Melaka arah Selatan.

Difahamkan, Awal dan temannya, Izuan Mokhtar dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi dari Jom Heboh Stadium Ayer Keroh.

Menurut Izuan, kereta BMW 6 Series itu rosak teruk akibat terbabas ke bahu jalan.
"Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas."Berita Harian

Selepas kemalangan, Awal telah dikejarkan ke Hospital Melaka oleh ambulan dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri.
Disebabkan kemalangan itu, tugas Awal di Melodi pada tengah hari tadi telah digalas oleh Penerbit Melodi, Michelle Wee bersama Liza Hot FM.
Sumber : Ohbulan








(5 FOTO) Perubahan imej terkini Nora Danish paling mendebarkan

Bermula dengan gaya daring Diana Danielle menerusi sebuah majalah tempatan, selepas itu imej seksi Tasha Shilla, Nabila Huda dan Dynas Mokhtar ketika menjadi tetamu sebuah pertunjukan fesyen dan imej gaun terbelah sehingga ke paras peha yang digayakan Sharifah Sakinah menerusi sebuah majalah menjadi perdebatan hebat di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan.

Kebanyakan peminat mencemuh selebriti-selebriti wanita itu yang disifatkan sebagai tidak menghormati dan bergaya keterlaluan sebagai seorang Muslimah yang sejati.
Sebagai salah seorang daripada anak seni, Nora Danish terpanggil untuk memberikan komen berkaitan isu terbabit.
Mengatakan dirinya pernah terkena dengan pihak penerbitan sebuah majalah, dia berasakan bagai tertipu apabila mereka tidak langsung menyunting gambar yang sudah diambil oleh mereka.

Jom kita baca luahan hati Nora seperti yang dipetik menerusi Malaysian Digest ini.
“Saya bermula dalam industri ini menerusi didikan pengarah Aziz M. Osman. Sejak itu saya mema…

(7 FOTO) Bentuk badan dan aksi mengancam Nazeera Sardi, kekasih Jep Sepahtu

Entah kenapa, pelawak sememangnya selalu berjaya mencuti hati ramai wanita meskipun mereka tidak sekacak mana. Dalam hal ini, Jep Sepahtu turut tidak ketinggalan dilanda pelbagai gosip hangat dengan segelintir wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.

Mungkin sudah penat, tambah-tambah melayan dakwaan yang dia telah mengikat tali pertunangan awal Januari lalu dengan wanita sekampung di Kluang, Johor... akhirnya membuat Jep mengakui dia kini 'amat rapat' dengan seorang pelakon.

Lebih menarik, dia juga tidak lokek untuk berkongsi fotonya bersama wanita tersebut yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di IG miliknya.

Siti Nazirah Binti Sardi, nama gelarannya Nazirah. Berusia 26 tahun. Seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri. Pernah membintangi beberapa drama antara nya Jiwa Lara dan Bicara hati. Bekerja sebagai Pelakon sepenuh masa. Kelebihan lain ialah beliau boleh mengacara dan menyanyi.

Kini, pelakon sedang meningkat naik itu didakwa merupakan cinta baru kepada pe…

Luahan sayu Hanez Suraya & Romie selepas berkahwin yang bikin meremang bulu roma

Semasa sidang media berlangsung selepas sahaja selesai upacara akad nikah di Masjid Putra, Putrajaya kelmarin, Romie seakan-akan sebak apabila menceritakan mengenai pernikahan mereka dan menjelaskan bahawa pernikahan ini ialah bukti cintanya pada Hanez Suraya dan berharap cerita-cerita kurang enak sebelum ini tidak dibangkitkan semula kerana apa yang telah terjadi adalah suratan dan takdir antara mereka.

“Pernikahan ini adalah bukti saya cintakan Hanez dan mahu menjadi seorang suami yang baik dan membimbingnya ke arah kebaikkan selepas ini dan apa yang kami berdua lalui, Alhamdulillah ia berakhir dengan ikatan yang sah dan berharap tiada apa lagi akan dibangkitkan selepas ini,” ujarnya.

Romie turut memberitahu bahawa dia kagum dengan kecekalan Hanez apabila dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini dan penerimaan Hanez terhadap kedua-dua anaknya membuatkan dia sungguh terharu kerana baginya tidak semua wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang mempunyai anak tetapi Hanez berbeza d…

Punca sebenar Nina Iskandar buka tudung dan kembali ke imej lama?

"Flightless bird," demikian tulis pelakon yang berasal dari Brunei, Nina Iskandar, 24, melalui Instagramnya baru-baru ini.

Berikutan itu, dia menerima banyak kritikan gara-gara memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan dirinya sudah tidak memakai tudung.

Bila ditanya oleh media, Nina pantas menafikan penampikannya itu ada kena mengena dengan isu putus tunang sebagaimana yang didakwa

"Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya,"
ujarnya yang bertunang secara senyap dengan ahli perniagaan Ahmed Haiqal, 31, pada Ogos tahun lalu.

Mengenai gambar yang dimuat naik di laman Instagram yang sudah tidak bertudung, menurut Nina perkara itu terlalu sensitif untuk dijelaskan dan dia enggan mengambil peduli tentang kritikan orang.

"Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif d…

Respon balas Wak Doyok isu komen kurang senonoh kepada Kilafairy

Mengakui serik dengan apa yang dilakukannya terhadap komen yang ditinggalkan di Instagram Kilafairy, Wak Doyok akur dengan perkara tersebut. Bagaimanapun, menurut Wak, apa yang dilakukannya itu hanyalah gurauan semata-mata.

“Saya sudah serik. Tak sangka pula gurauan itu disalah tafsirkan oleh orang lain. Padahal saya hanya bergurau komen macam itu pada gambar Kila seperti gurauan antara kawan. Tak sangka segelintir pihak salah anggap dan menjadikan ia masalah besar”

“Sedangkan antara saya dan Kila memang kami tahu itu hanya usikan kawan. Bila dah jadi isu saya kena akur dengan kedudukan saya sebagai ikon masyarakat saya terima teguran orang dengan hati terbuka,”
katanya kepada Harian Metro menjawab kecaman gila seks yang diberikan kepadanya akibat dari isu tersebut.

Selain itu, dalam masa yang sama, Wak Doyok sendiri mengakui bahawa dia perlu berhati-hati dalam melakukan apa saja perkara di media sosial sambil menjelaskan bahawa dia bukanlah menyatakan perkara yang berbaur lucah.

Tidak …

Luahan menyayat hati Umie Aida sukar untuk hamil

Melewati usia yang mencecah ke angka 41 tahun pada 18 Januari lalu telah mematangkan diri selebriti wanita ini. Bukan sahaja gaya dan pertuturan malah Datin Paduka Umie Aida juga mengakui pendapat dan tindakannya menanggani liku-liku hidup juga semakin matang.

Dalam meniti kehidupan sehariannya, pelakon filem 'Embun' ini mengakui kian sunyi dek dua anaknya yang sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri. Terdetik dihatinya untuk mempunyai anak lagi bagi mengubat kerinduannya.

"Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu. Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya," ujarnya lagi yang kini sibuk membuat persediaan untuk memulakan sebuah perniagaan yang masih dirahsiaka…

3 Gambar rumah banglo mewah Mawi dan Ekin kini didedahkan

Rumah penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani sekali lagi dipecah masuk selepas seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh mendakwa ternampak bayangan sepasang orang bunian di kediaman mewah penyanyi itu di Bangi, semalam.

Bercakap kepada Harian Metro, Mawi menjelaskan, “kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.
“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 3 itu.

Ketika kejadian, Mawi tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat atau Ekin ke ibu kota atas urusan kerja.

Kejadian malang itu diceritakan kepadanya oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas itu selain anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Dikatakan sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tap…

2 Foto sekitar persiapan pelamin Hanez Suraya dan Romie

Tinggal tiga hari saja lagi pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi dengan kisah percintaannya, Hanez Suraya bakal bergelar isteri.

Rasanya, korang pun mesti dah tahu siapa bakal suami Hanez kan? Haa, tak lain tak bukan adalah Romie Razin Adilha.

Seperti pasangan lain, dah tentulah Romie dan Hanez berdebar-debar menantikan hari bahagia mereka. Apabila kami intai Instagram Hanez, nampaknya kesemua persiapan telahpun dibuat.

Kalau korang nak tahu, semalam Hanez ada berkongsi foto pelamin tau! Wah, excited punya pasal, pelamin Hanez dah pun hampir siap. Pantas!

Walaupun foto yang dikongsi ini tak menunjukkan keseluruhan pelamin, kami pasti ianya bakal menjadi pelamin paling grand sekali!

Haa, rasanya dah jadi trend sekarang kot. Asal nak kahwin, yang jadi crew pasti dapat tag. Jika sebelum ini Sharifah Sakinah ada berkongsi tag untuk majlis perkahwinannya nanti, kini giliran Hanez pula.

Cuma yang berbeza dari segi rekaan. Tag perkahwinan Hanez nampak lebih lembut dengan penggunaan warna c…

Foto tunang Amar Baharin yang cun melecun?

Baru sahaja gosip mengenai Amar Baharin yang dikatakan intim dengan Amyra Rosli melanda, kini terdapat sekeping gambar Amar bersama seorang wanita yang tersebar sehingga menimbulkan spekulasi bahawa Amar telah bertunang secara diam-diam.
Sebaik sahaja kami menghubungi Amar untuk mendapatkan penjelasan, Amar dengan tenang menafikan perkara tersebut dan mejelaskan perkara sebenar.

“Kalau ada gambar saya yang menampakkan saya macam bertunang, mungkin ia adalah salah satu babak dalam lakonan atau mungkin juga saya bergambar dengan peminat ketika pergi tengok kawan nikah,” katanya dengan nada bersahaja.

“Tiada apa nak dirahsiakan. Kalau betul saya dah bertunang, takkanlah saya tak beritahu,”
katanya jujur. Sementara itu, melalui sumber, gambar tersebut didakwa diambil pada tahun 2013 dan jika dilihat secara teliti, terdapat peralatan penggambaran di dalam gambar tersebut.

Mungkin juga ia sebenarnya hanyalah gambar seorang peminat bersama pelakon pujaan mereka. Jangan hampa peminat Amar di lua…

Foto baby bump Mizz Nina, isteri Noh Hujan semakin membesar?

Mizz Nina adalah seorang selebriti yang bukan setakat sudah lama berhijrah dengan imej terbaru, malah isteri kepada Noh Hujan ini juga aktif terutama dalam bidang perniagaan fesyen busana muslimah sejak mendiamkan diri dari bidang seni. 
Ramai juga yang bertanyakan tentang khabar Mizz Nina sekarang terutama sejak berumah tangga bersama Noh pada Julai 2011, dan soalan lazim yang sering ditanyakan adalah tentang kehadiran cahayamata pertama.

Baru-baru ini, ada sumber terdekat dengan Mizz Nina secara tak sengaja mendedahkan kepada seorang rakan yang Mizz Nina sedang berbadan dua dan juga masih menyimpan rahsia tentang usia kandungan pasangan tersebut. 

Bila diajukan lagi soalan kepada rakan tersebut, beliau terus mendiamkan diri. Bukan itu saja, ada juga sumber yang baru-baru ini terserempak dengan Mizz Nina dan kebanyakkan mereka menyatakan Mizz Nina sekarang lebih gemar memakai baju fesyen berjubah dan kelihatan agak seri berisi.
Tak tahulah mana satu yang betul dan kalau diamati gambar…

Foto kereta mewah Elizabeth Tan paling dibenci perempuan

Betul ke ramai yang tak suka melihat kereta pilihan Elizabeth Tan? Kereta Apakah yang dia beli sehingga boleh dikatakan tidak disukai hampir kesemua wanita? Nak tahu? Lihat gambar di bawah!

''Finally bought my first car! Heheheh beli *** jugak akhirnya. And yes... I'm eating mcd at this time. Lol. Terkantoi pulak..'' kata Elizabeth Tan dalam laman instagram miliknya.

Sumber asal : Sepahturangers


Baru je nikah, Fadzil Zahari dah mula komplen Yana Samsudin?

Baru sahaja 3 minggu pasangan ini bergelar suami isteri, nampaknya Yana Samsudin telah menerima aduan daripada suaminya, Fadzil Zahari walaupun mereka ketika ini sangat sibuk dengan kerja masing-masing.

Berkongsi kisah tiga minggu bergelar isteri kepada Harian Metro, Yana akui suami memintanya memasak kerana tahu isterinya suka dan memang pandai memasak namun, baru seminggu merasai masakan air tangan isteri tercinta, Fadzil mula ‘komplen’ perut naik.

“Yalah, selama seminggu saya jaga makan minumnya daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang sehingga kepada makan malam. Selepas seminggu, dia mula minta kurang-kurang­kan,” katanya ketawa.
Comel sungguh pasangan ini kami lihat selepas berkahwin, ditambahkan lagi dengan sikap romantik suaminya, dalam masa yang sama Yana juga akui agak janggal kerana permulaan hubungan mereka sebelum ini adalah bermula daripada kawan rapat.

“Kalau dulu-dulu, saya selalu di temani pembantu peribadi tapi kini ditemani suami ke mana-mana. Seronok juga wa…

3 Foto imej baru Zamani Slam yang paling mengejutkan

Seperti yang ramai tahu,Zamani Slam baru-baru ini ditahan atas tuduhan memiliki dadah.Namun bukan itu yang membuatkan isu Zamani ditahan menjadi sensasi,ia menjadi sensasi apabila ada pihak polis yang merakam Zamani menyanyi seterusnya disebarkan di laman media sosial.

Zamani kini tampil dengan imej baru lebih 'Fresh' dengan berambut lebih pendek dari sebelum ini.Rata-rata peminat memuji imej baru Zamani ketika dia dilihat hadir ke mahkamah Ampang untuk urusan kesnya baru-baru ini.
Berat badan Zamani juga dikhabarkan semakin meningkat sebanyak 9kg setelah menerima rawatan pemulihan dadah.Apa pun kami berharap Zamani terus maju dan tidak mengulangi zaman hitamnya itu dan terus mengekalkan hidup yang normal.
Sumber : Thereadingmore





Foto terkini Emma Maembong yang kelihatan sayu

Sejak dua menjak ni, banyak betul kita dengar berita kurang enak mengenai pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak temasuklah perihal peribadi.

Walaupun mempunyai peluang untuk memberitahu umum mengenai status sebenar hubungannya dengan Emma, Zizan masih membisu seribu bahasa.

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, sekali lagi Emma tampil membuat kenyataan. Kata Emma, dia tidak menolak seandainya mereka ditakdirkan kembali bersama.

Secara jujurnya, kami rasa pasangan ini masih menyanyangi. Tak percaya? Nah, baca statement Emma ni.
"Kami sudah berkawan selama dua tahun dan kami saling mengenali keluarga masing-masing serta berbincang untuk ke peringkat seterusnya. Nak ke kita putuskan begitu saja?

Saya tidak pernah memberi kenyataan sama ada hendak kembali atau tidak dengan dia (Zizan). Semua ini bergantung pada soal jodoh namun buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan padanya."

Pasti korang pun tertanya-tanya mengapa Emma kerap hadir menemani Zizan walaupun mereka suda…

Pengakuan panas Kaka Azraff isu didakwa rampas kekasih Tasha Shilla

Hujung minggu lalu, nama Kaka Azraff dikaitkan dengan khabar angin mengenai pergolakan hubungan percintaan antara Tasha Shilla dan kekasihnya, Han.

Lebih parah lagi, Kaka dituduh menjadi orang ketiga dan dikatakan telah merampas Han daripada Tasha. Seriouslah?

"Kaka tak ada kena mengena dalam hal percintaan sesiapa pun. Istilah rampas merampas itu adalah tidak benar sama sekali."

Menurut khabar angin lagi, Kaka juga telah dikeluarkan daripada group WhatsApp yang disertai oleh beberapa rakan artis lain selain dicop perampas.
"Kami tidaklah rapat seperti yang disangka. Kaka cumalah salah seorang rakan selebriti yang mengikut perjalanan mereka ke Bali. Di situ, Kaka okaylah dengan semua, tak ada masalah. Tapi lepas balik dari Bali, Kaka dah tak aktif dalam group WhatsApp tu lagi. Kaka tak pasti group WhatsApp tu ada lagi atau tak, tapi kalau ada lagi, mungkin ada lah. Kaka tak ada dalam tu. – Hot FM"
Hmm soalan di atas tak bertemu jawapan. Tak kisahlah sama ada Kaka yang …

15 Foto Elisya, adik Fasha Sandha yang superhot dan menggegarkan jiwa lelaki

Secantik kakaknya. Malah, dengan wajah cun melecun macamni, kami yakin adik Fasha Sandha ini memang boleh ‘laku’ dalam industri hiburan Malaysia.

Nampaknya, jangkaan kami memang tepat apabila khabarnya Elisya Sandha bakal berganding dengan kakanya dalam filem Anak Mami. Wah, bergabung meletop lah jawabnya ni!

"so here’s the story.. long time ago i used to follow my sister pergi shooting when i was little mostly semua shooting la. dia too rajin bawa i pergi set selalu since then i start learning about shooting all this and i really wanna be like her dulu she is herself a superwoman and proved that women is not weak but strong mentally and physically .

she taught me SO MANY THINGS! she ajar me how to be a good girl with dignity, how to respect people and banyaaaak lagi. yes, my sister garang like harimau okbut dia garang for a reason..

she always said “marah sebab sayang” and dulu i ingat dia marah sebab tak sayang but sekarang dah tahu unexpectedly i dapat offer belakon with my siste…