Respon sebenar Taufik Batisah isu gosip bertunang dengan Fazura

Mengenai gosipnya dengan Fazura yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa, penyanyi yang mempunyai kelulusan dari Singapore Polytechnic itu mengatakan ia hanyalah andaian penonton setia program lawak terbabit.

Katanya, penonton suka dan memberi reaksi setiap kali dia dan Fazura memuat naik gambar bersama di laman sosial masing-masing.

“Dari situ timbul cerita mengatakan kami sedang menjalin hubungan cinta. Hakikatnya, tidak mungkin saya dan Fazura mempunyai apa-apa hubu­ngan istimewa kerana menganggapnya seperti adik,” katanya.

Fazura pula sebelum ini mengakui suka berkawan dengannya dan tidak menolak jika Taufik sudah jodohnya. Fazura juga memuji Taufik sebagai seorang yang bijak dan memang sukakan karaktor lelaki begitu.

Sumber : Mummynemo


0 Response to "Respon sebenar Taufik Batisah isu gosip bertunang dengan Fazura"

Catat Ulasan

dzulCYBER