Penjelasan sebenar Zizan Razak mengenai status Warning buat Fazura?

Apabila Nur Fazura mengumumkan nama Virus sebagai kumpulan yang terkeluar minggu lalu daripada cabaran MLM2014, ribuan para peminat Virus membanjiri akaun Instagram pelakon tersebut dan meletakkan penyingkiran itu sebagai kesalahannya.

Sedih juga jadi Fazura. Jalankan tugas sebagai juri pun kena bahan oleh para peminat. Memang ada sesetengah peminat yang agak taksub dengan selebriti sehingga apa yang dibuat walaupun tak best, tetap nampak super duper best.



Kami tersenyum kambing apabila melihat kata-kata Fazura yang ditulis buat peminat Virus yang menyalahkan dirinya. Pandai juga Fazura ini bermain kata. Sempoi!!! 

Kalau si peminat tak terasa lagi, tak tahulah nak kata apa. Biasalah tue adat menang kalah dalam pertandingan. Namun terbaru, satu gambar Zizan yang dimuatnaik bersama dengan satu kapsyen telah disalaherti oleh para peminat. Kononnya kata-kata Zizan itu ditujukan kepada Fazura.


Namun Zizan telah mengubah kapsyen di gambarnya bersama Johan dan menafikan ia ditujukan kepada Fazura. Menurut Zizan, ia hanyalah satu rap. Terang Zizan:


Diharap para peminat dan pemerhati di luar sana tidaklah menyangkut pautkan lagi setiap perbuatan Zizan dengan Fazura dan begitu juga sebaliknya. Kesian kepada mereka berdua. Nanti nak muatnaik apa-apa pun kena fikir 5,6 kali. 

Takut-takut tersalah anggap sedangkan realitinya tak ada kaitan pun. Cukup-cukuplah menyalahkan Fazura atas penyingkiran Virus. Memang sudah tertulis bukan rezeki mereka. Tak gitu?

Sumber asal : Beautifulnara

0 Response to "Penjelasan sebenar Zizan Razak mengenai status Warning buat Fazura?"

Catat Ulasan

dzulCYBER