Luahan sedih Yana Samsudin buat suaminya, Fadzil Zahari selepas berkahwin

Jujurnya ketika menonton VIDEO ini, terasa sangat manis dan berbaloi penantian pasangan ini dalam mendirikan ikatan perkahwinan yang sah ditambah lagi dengan muzik latar yang bakal membuatkan anda mampu mengalirkan air mata.

Dalam video ini, Fadzil dan Yana menceritakan kembali pengalaman mereka di hari pernikahan dan antara yang paling kami tidak tahan di akhir video ialah pesanan Yana kepada Fadzil. Sediakan tisu awal-awal untuk anda lap air mata.

“I tahu I kuat pendirian, so you salah seorang yang boleh lembutkan hati I. I harap I mati dulu sebelum you sebab I tak tau macam mana kalau life I, I hilang kawan baik,” kata Yana dalam suara yang menahan sebak.

Setiap perkataan yang diucapkan Yana dan Fadzil kedengaran penuh kejujuran. Apa-apa pun, kami doakan pasangan pengantin baru ini agar berkekalan jodoh dan dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat.

Sumber asal : Rotikaya


0 Response to "Luahan sedih Yana Samsudin buat suaminya, Fadzil Zahari selepas berkahwin"

Catat Ulasan

dzulCYBER