Kapsyen mengejutkan anak Zul Huzaimy di Instagram apabila dapat Ibu baru

Sekitar minggu lepas, pasangan Zul Huzaimy dan Nur Ernawati Mohamad Nor telah pun selamat diijabkabulkan.

Mek ada juga lihat foto sekitar majlis persandingan mereka. Meriah nau!

Tapi yang paling menyentuh hati Mek adalah kapsyen khas yang dibuat oleh anak Zul Huzaimy buat ibu barunya itu. nak tahu apa, kenalah baca lagi. Hehe.

Beruntungnya jadi Erna. Mana taknya, anak Zul Huzaimy dapat menerima dirinya dengan baik tau. Buktinya, Awal Haziq menggelar Erna sebagai Ummi.

Jarang rasanya anak-anak nak panggil ibu tiri mereka dengan gelaran mama, ibu, mak atau apa-apa saja seangkatan dengannya. Betul tak?

Kalau korang nak tahu, Awal Haziq baru saja berjinak-jinak untuk bermain Instagram. Jadi, mungkin sebagai penghormatan kepada keluarga baru yang diterimanya, dia mendedikasikan post pertama khas buat Erna dan bapanya.

Suka Mek bila lihat kebahagiaan keluarga begini. harapnya, kekal hingga ke Syurgalah ya? InsyaAllah.

Sumber : Ohbulan



0 Response to "Kapsyen mengejutkan anak Zul Huzaimy di Instagram apabila dapat Ibu baru"

Catat Ulasan

dzulCYBER