Foto wajah sebenar Beyonce tanpa mekap yang amat menyeramkan

Sebaik saja foto Beyonce tanpa touch-up yang diambil sempena Kempen Infallible L'Oreal Beyonce 2013 terlepas di internet, beberapa laman sosial media mula dihujani dengan perdebatan hebat di kalangan peminat terhadap foto tersebut.

Imej foto itu telah dimuatnaik di dalam sebuah laman peminat Beyonce dengan nama, The Beyonce World dan daripada foto tersebut, peminat dapat melihat wajah penyanyi berusia 33 tahun ini yang penuh jerawat serta kulit wajah yang tidak sekata, sekalipun ia dilitupi dengan lapisan mekap yang tebal.

Penyani lagu The Crazy In Love ini masih belum memberikan apa-apa komen berhubung fotonya yang masih belum di touch-up itu, namun kalangan peminat telah pun menunjukkan pelbagai reaksi yang berbeza.

Dalam laman Twitter, seorang peminat telah mempertahankan Beyonce sambil bertanya: Mengapa semua orang terkejut? Beyonce juga seorang manusia?....

"Seorang lagi memuatnaik posting yang berbunyi: "Mengapa semua orang mahu memperbesarkan isu foto Beyonce yang masih belum di touch-up ini. walau apapun, dia masih kelihatan bagus dan dia tidak perlu melakukan apa-apa pembedahan atau botok.

"Ada pula yang berkata: "Melihat foto Beyonce itu, saya mula rasa lega dan bersyukur dengan diri saya, manakala yang lain memberitahu bahawa foto tersebut benar=benar mengecewakan diri mereka."


Sumber : Murai



0 Response to "Foto wajah sebenar Beyonce tanpa mekap yang amat menyeramkan"

Catat Ulasan

dzulCYBER