Afdlin Shauki sindir kenyataan Dato’ Ismail Sabri?

Kalau korang perasan, Afdlin Shauki antara selebriti tempatan yang sangat peka dan lantang dalam menyuarakan pendapatnya berhubung isu-isu semasa.

Jika minggu lepas Afdlin meluahkan pendapatnya berhubung gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Jackie Chan, kali ini Afdlin sekali lagi ‘menegur’ kenyataan seorang menteri berhubung isu harga barang.

Melalui status terbarunya di Facebook, Afdlin menyifatkan ramai ahli politik cuba untuk mengambil tempatnya sebagai pelawak.

Cukup sinis, namun berdasarkan status tersebut kami yakin ianya mungkin ditujukan buat Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato’ Ismail Sabri yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan supaya memboikot peniaga Cina yang tamak.


Pada masa sama Afdlin menyifatkan tindakan sesetengah menteri ini bakal merosakkan keharmonian kaum dan sekali gus memburukkan kredibiliti kerajaan sendiri.

Jika diamati secara mendalam ada benarnya apa yang cuba dijelaskan Afdlin, namun terpulang kepada individu masing-masing bagaimana untuk menghadam kenyataan ini.

Sumber asal : Portal Ohbulan



0 Response to "Afdlin Shauki sindir kenyataan Dato’ Ismail Sabri?"

Catat Ulasan

dzulCYBER