3 Foto sekitar majlis resepsi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Media Hiburan Online kongsikan foto menarik yang dikongsikan oleh pembaca setia kami ketika menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang berlangsung pada 31 Januari lalu.

Seperti yang telah kami maklumkan sebelum ini, majlis persandingan yang diadakan di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK) ini adalah bersempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF) yang mana mereka telah dilantik sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

Menerusi foto yang dikongsikan, majlis tersebut berlangsung mengikut adat dengan lengkap diiringi kompag serta diadakan majlis memotong kek.

Sumber : Mediahiburan




0 Response to "3 Foto sekitar majlis resepsi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal"

Catat Ulasan

dzulCYBER