15 Foto majlis pertunangan Hafiz Suip yang amat mewah

Tahniah diucapkan kepada Hafiz Suip dan Nureffy yang telah pun selamat bertunang hari ini. Majlis pertunangan telah pun berlangsung di Kuching, Sarawak. 

Untuk makluman, hari ini juga adalah hari kelahiran Hafiz. Majlis pertunangan ini nampak amat meriah sekali lebih-lebih dengan kehadiran pelamin yang amat menawan. Cantik sangat-sangat.

Kalau tak silap, Nureffy yang merupakan pelajar jurusan perakaunan di Australia akan menamatkan pembelajarannya pada tahun 2016. 

Molek benarlah perancangan yang diatur oleh Hafiz. Tahun ini bertunang, cukup setahun, habis belajar dan dah boleh mendirikan rumah tangga. 

Semoga segalanya berjalan lancar. Sama-samalah kita doakan.

Lagi beberapa gambar sekitar majlis pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.

Sumber : Beautifulnara
















0 Response to "15 Foto majlis pertunangan Hafiz Suip yang amat mewah"

Catat Ulasan

dzulCYBER