Sebab sebenar Sharnaaz & Anis Al-Idrus putus cinta?

Korang ingat lagi tak baru-baru ini Sharnaaz ada mengakui timbul salah faham antara dia dan kekasihnya ekoran dia mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah? - dipetik dari Portal Ohbulan.

Cerita Shila ni sebenarnya dah lama berakhir. Tetapi, status terbaru Sharnaaz yang dimuatnaik di laman Instagramnya mengundang 1001 persoalan di hati kami.

Bukan kisahnya dengan Shila, tetapi hubungannya dengan Anis Al-Idrus.


Melalui kapsyen yang ditulis, Sharnaaz seolah-olah sedang makan hati je. Ada masalah percintaan ke?

"Terbanglah, bebas lah.. Cahaya pasti kan kau temui.. Semoga Allah berkati Keluarga mu yg dikasihi..Amin.. Kebahagiaan bukan di tangan aku, tetapi di dunia yg bebas.."


Bila kami intai ruangan komen, ramai juga yang memberikan kata-kata perangsang kepada abang sado ini.

Malah, siap ada yang menasihati Sharnaaz untuk melupakan kisah silam. Ish..mengundang betul komen-komen tersebut.

Bikin kami rasa nak korek je apa sebenarnya yang bersarang dihati Sharnaaz sekarang ni.

Apapun, kami harap tak adalah apa-apa yang buruk berlaku dalam kehidupan Sharnaaz mahupun dari segi peribadi atau karier.

Sumber asal : Ohbulan



0 Response to "Sebab sebenar Sharnaaz & Anis Al-Idrus putus cinta?"

Catat Ulasan

dzulCYBER