Sebab sebenar Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayoob bercerai

Rumah tangga pelakon Riezman Khuzaimi dan isteri, Kartina Ayoob akhirnya menemui titik noktah apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, hari ini.

Dalam keadaan sebak, Riezman telah melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya.

Riezman memberitahu mahkamah, keputusan itu dibuat kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Dalam pada itu, pasangan ini dilihat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri sebelum melafazkan cerai.

Untuk rekod, Riezman dan Kartina telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2001 selepas lima tahun bercinta - Mediahiburan.


0 Response to "Sebab sebenar Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayoob bercerai"

Catat Ulasan

dzulCYBER