Raja Azmi dan Eddie CRK rujuk semula?

Raja Azmi menerusi Melodi TV3 memberitahu bahawa dia terkejut apabila bekas suaminya menyampaikan hasrat untuk rujuk semula dengannya ketika rakaman satu program televisyen terbitan TV3 iaitu ‘Ya ke?’.

Khabarnya dia juga mengalirkan air mata kerana terharu dengan kesungguhan Eddie. Kata Eddie:

"Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Bukakanlah hati yang baik itu untuk kita rujuk semula. Saya hari-hari berdoa agar Tuhan jodohkan kita balik."

Apakah reaksi Raja Azmi dengan permintaan Eddie?


Raja Azmi mengakui masih keliru dan takut untuk memberi harapan dan mahu keadaan yang menentukan sama ada dia dan bekas suami akan rujuk semula.

Raja Azmi berkahwin dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 13 bulan.

Ia ialah perkahwinan kedua Raja Azmi yang sebelum ini berkahwin dengan Datuk Seri Jalani Sidek selama 28 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan ialah satu keputusan yang serius. Mungkin Raja Azmi masih memerlukan masa untuk membuat keputusan sama ada mahu kembali kepada bekas suaminya. Kita doakan Raja Azmi akan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya.

0 Response to "Raja Azmi dan Eddie CRK rujuk semula?"

Catat Ulasan

dzulCYBER