Luahan sayu Sharnaaz Ahmad putus cinta dengan Anis?

Teka-teki mengenai status terkini percintaan diantara Sharnaaz Ahmad dan kekasihya, Anis Al-Idrus nampaknya masih menjadi tanda tanya.

Terbaru, menerusi sekeping foto yang dimuatnaik oleh Sharnaaz di laman Instagram, ada sesuatu yang cuba disampaikan olehnya kepada peminat di luar sana.

Rasanya umum mengenali kekasih hati Sharnaaz, Anis yang merupakan seorang pengusaha tudung dan model. Malah Anis juga pernah beberapa kali membintangi drama tempatan.

Namun tindakan Anis memadam foto Sharnaaz di laman Instagram miliknya mengundang perhatian peminat. Semalam, Sharnaaz memuatnaik sekeping foto dengan kapsyen yang agak menyentuh hati.


"Adik, awak datang masa abg ada musibah, tapi awak bagi abang sedar yg hidup kita mungkin susah, tapi kita ada istimewa masing masing..

Kami pasti ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Sharnaaz selain daripada rasa terharu dan kagum terhadap kedatangan seorang kanak-kanak kurang upaya ke fitness center nya."


Sehingga kini Sharnaaz mengambil keputusan untuk merahsiakan status hubungannya. Namun sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap Sharnaaz tidak pernah putus malah sentiasa mendoakan yang terbaik.

Jika benar percintaan antara mereka berdua sudah pun berakhir, harap Sharnaaz tabah dan cekal dalam mengembangkan keriernya - Ohbulan.


0 Response to "Luahan sayu Sharnaaz Ahmad putus cinta dengan Anis?"

Catat Ulasan

dzulCYBER