Luahan sangat sayu Zulfazil Ibrahim, abang Zamani Slam isu video rakaman

Abang kepada Zamani Slam, Zulfazil Ibrahim memaklumkan kepada media petang ini yang adiknya itu telah pun memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan video beliau menyanyi dalam keadaan bergari ketika berada dalam tahanan.

“Saya sudah bertemu dengannya pagi tadi dan menceritakan mengenai videonya yang kini sudah menjadi viral di internet. Apabila dia mengetahuinya, dia mengatakan sudah memaafkan pelaku yang bertanggungjawab dan tidak mahu ia terus dipanjangkan dan diperbesarkan,” ujarnya.

Zulfazil yang ditemui para media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang berkata beliau bangga dengan keputusan yang diambil oleh adiknya itu dan memaklumkan yang ahli keluarga tidak akan mengambil apa apa tindakan dan hanya menyerahkan hal ini untuk tindakan polis.

“Saya bersyukur kerana Zamani kini dalam situasi yang baik & pada kesempatan ini saya mewakili Zamani ingin memohon maaf kepada semua peminatnya dan berharap agar dia diberi peluang kedua,” ujarnya lagi apabila ditanya keadaan Zamani ketika ini.

Peguam Zamani, Ahmad Zahiril Muhaiyar memberitahu, sebutan kes penyanyi itu akan dibuat pada hari Selasa ini di Mahkamah Majistret Ampang - Rotikaya.


0 Response to "Luahan sangat sayu Zulfazil Ibrahim, abang Zamani Slam isu video rakaman"

Catat Ulasan

dzulCYBER