Foto kereta mewah Shila Amzah

Tidak dapat dipastikan, namun kami ingin mengucapkan jutaan tahniah sekiranya memang benar Shila Amzah kini memiliki BMW X6 sebagai keretanya. Kagum kami dengan pencapaian Shila Amzah walaupun masih muda.

Inilah hasil usaha kerja keras penyanyi ini selama bertahun-tahun. Memang berbaloi-baloi dengan segala pengorbanan yang dilakukan oleh Shila. Pasti ada yang cemburu, namun hanya Shila sendiri yang tahu betapa peritnya rintangan yang perlu dilalui sebelum impian ini tercapai.

Berkongsi gambar di atas menerusi Instagramya, Shila Amzah menulis caption ringkas berbunyi "Dreams do come true when you believe in yourself."

Semoga perkongsian Shila ini akan menjadi pembakar semangat buat kita. Jika kita berusaha sebaik mungkin, bekerja keras, tahu apa yang kita mahukan dan tidak mudah berputus asa, pasti segala impian boleh menjadi kenyataan. 

Bagi kami, Shila Amzah adalah role model kepada belia-belia di luar sana. Semoga terus maju jaya di masa hadapan - Beautifulnara.



0 Response to "Foto kereta mewah Shila Amzah"

Catat Ulasan

dzulCYBER