Bekas isteri Jimmly Shanley respon isu dipenjara 7 hari

Persengketaan antara Jimmu Shanley Norjahan Saleh, 33, dengan bekas isterinya Nursuhaila Eliani, 29 telah berlangsung bertahun lamanya. Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan kedua belah pihak mengenai perkahwinan mereka yang berakhir dengan perceraian.

Bagaimanapun, semalam, Suhaila telah dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Syariah Shah Alam selepas didapati sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anaknya.

Suhaila dikatakan gagal menyerahkan anak mereka, Zahrah Rania, 5, kepada Jimmy pada tiga tarikh

iaitu 16-18 April, 23-25 April dan 30 April-2 Mei 2013.

Suhaila memberitahu Sinar Harian bahawa dia akur dengan keputusan mahkamah walaupun terkejut pada awalnya.

"Saya akan lakukan apa saja demi Zahrah Rania.

Saya tak rasa hubungan kami boleh baik kerana dia sendiri tak pernah ambil tahu hal anak.

Menurut Suhaila juga, Jimmy tidak ambil tahu mengenai belanja dan keperluan anak."

Jimmy tidak pernah memberi duit untuk membeli susu, lampin pakai buang dan keperluan anak.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan ibunya, Datin Muniroh Kassim.


Biasanya yang menjadi mangsa persengketaan pasangan yang bercerai ialah anak mereka. Diharap kedua belah pihak boleh bertolak ansur dan mencari jalan penyelesaian untuk berdamai, sekurang-kurangnya untuk Zahrah Rania yang masih kecil itu.

Untuk makluman anda, Suhaila hadir ke mahkamah ketika hukuman dibuat tetapi Jimmy tidak hadir, khabarnya untuk menjalani latihan pengacaraan sebuah rancangan televisyen.

Sumber : Beautifulnara

1 Response to "Bekas isteri Jimmly Shanley respon isu dipenjara 7 hari"

  1. Sama saperti cucu saya....Ibu bapa bercerai....nafkah tak kasi dari tahun2010 hingga sekarang... kami sebagai nenek dan datuk yang tanggung cucu saya....Turun naik makamah duit tetap tak dapat....saya nasihat anak perempuan saya tak payah nak turun naik makamah lagi lagi pun Bekas suami nya pun dah kahwin lain...Biarkan lah tunggu aja nanti kita jumpa di makamah Akhirat... Kalau cakap tak serupa Buat.... Malas nak layan buat menyedihkan hati cucu saya aja.. saya bersyukur ALLAH tetap memberi rezeki pada hambanya yang REDHA....

    BalasPadam

dzulCYBER