9 Foto Syaheeraa Rahman, teman wanita Fad Bocey

Populariti kumpulan Bocey mula meningkat sejak menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Tahun ini, nama kumpulan ini semakin popular dan menyerlah dengan lawak-lawak bermutu tinggi di MLM2014.

Tidak dinafikan persembahan kumpulan Bocey adalah antara yang dinantikan oleh jutaan penonton MLM2014 pada setiap hari Jumaat. Namun seperti biasa apabila popular, kisah-kisah peribadi ahli-ahli kumpulan ini turut sama menjadi perhatian. 

Terbaru, gambar Fad Bocey dengan seorang wanita yang dikatakan kekasihnya mula bertebaran di Internet. Gambar-gambar bersama gadis yang bernama Syaheeraa Rahman ini telah dikongsikan oleh Fad sendiri menerusi akaun Instagramnya. 

Ayat-ayat yang disertakan juga berunsurkan romantik. Kemungkinan besar Syaheera telah berjaya mencuri hati Fad atau dalam erti kata lain, ialah kekasih pelawak ini. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan.

Pasti ramai gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Itulah korang nak mengorat lambat sangat. Hehehe. Yang penting kita doakan kebahagiaan Fad dan Syaheera. Ada jodoh bolehlah makan nasi minyak - Beautifulnara.










0 Response to "9 Foto Syaheeraa Rahman, teman wanita Fad Bocey"

Catat Ulasan

dzulCYBER