7 Foto sekitar majlis Aqiqah anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana

Pasangan pelakon Zain Saidin, 31, dan isteri, Rozita Che Wan, 42, mengadakan majlis aqiqah dan kesyukuran bayi mereka, Aaisyah Dhia Rana di Hotel Royale Chulan, di sini, malam tadi.

Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua bulan adalah cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup Zain dan Rozita yang diijabkabulkan pada 11 Disember 2013.

Dilahirkan 1 November lalu, bayi ini juga adalah cahaya mata ketiga Rozita. Menerusi perkahwinan terdahulu, pelakon Kiah Pekasam itu mempunyai dua anak lelaki.

Zain berkata, mereka sangat bersyukur dengan kelahiran Aaisyah Dhia Rana yang menjadi pengikat kasih mereka.

"Kehadiran Aaisyah dalam kehidupan kami suami isteri sangat bermakna. Aaisyah lambang cinta kami.

"Sebagai bapa, kehadirannya sangat saya nantikan. Saya dan isteri sangat bersyukur ke hadrat Tuhan,"
katanya.

Majlis aqiqah dan kesyukuran Aaisyah Dhia Rana yang berlangsung dalam suasana meriah itu diraikan keluarga kedua-dua belah pihak Zain dan Rozita.

Antara artis yang hadir Ziana Zain, Dafi, Sabhi Sadhi, Ryzal Jaafar danFazli Zainal - Harian Metro.








0 Response to "7 Foto sekitar majlis Aqiqah anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana"

Catat Ulasan

dzulCYBER