6 Foto terakhir Emma Maembong & Zizan Razak sebelum putus

Sehingga saat ini masih ada peminat pasangan Zizan Razak dan Emma Maembong yang seakan tidak percaya pasangan kegemaran mereka yang sering nampak serasi di hadapan kamera sudah pun berpisah — tidak kurang juga yang mendoakan mereka untuk kembali bersama.

Zizan Razak sehingga saat ini masih belum mahu memberikan apa apa komen berhubung perkara ini namun laporan Berita Harian terbaru memuatkan kenyataan terkini Emma Maembongberhubung keadaan sebenar hubungan mereka selama ini.

“Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang sweet tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati,” ujar Emma Maembong kepada wartawan.

Beliau turut menambah yang hubungan dengan Zizan Razak sudah lama goyah namun baru baru ini sahaja beliau nekad untuk memutuskan hubungan cinta mereka.

“Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya. Saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya,” tambahnya.

Emma Maembong juga menolak cakap cakap yang mengatajan beliau seorang mata duitan yang mengikis duit Zizan Razak dan kemudian meninggalkannya.

“Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya,” ujarnya.

Sumber : Portal Rotikaya







0 Response to "6 Foto terakhir Emma Maembong & Zizan Razak sebelum putus"

Catat Ulasan

dzulCYBER