Punca Ezad Exist terlibat penyalahgunaan dadah

Sekitar November yang lalu industri seni tanah air dikejutkan dengan penangkapan seorang artis lelaki, Ezad Exist yang disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Bin Mohamad Lazim telah ditahan pihak polis sekitar jam 1.30 petang di sekitar kawasan kompleks Selayang Mall dan ujian saringan awal polis mendapati sampel air kencing Ezad positif dadah.

Terbaru Ezad telah dijemput untuk menghadiri temubual eksklusif h Live! di dalam segmen khas Apa Kata Malaysia.

Menampilkan Pak Nil sebagai pengacara, Ezad tampil mendedahkan kisah pembabitannya di dalam penyalahgunaan dadah sehingga membawa kepada penangkapannya oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Ketika ditanya bagaimana mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah, Ezad mengaku ianya bermula sekadar hanya suka-suka dan faktor pergaulan antara punca utama dia terjerumus.


Ezad yang pernah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaan dan pertunangan menganggap segala yang berlaku ini ada hikmahnya. Kesudian Ezad untuk tampil dalam rancangan temubual bersama h live ini jelas menunjukkan niatnya yang mahu menjauhkan diri daripada terus terjebak dengan dadah.

"Bila saya fikirkan isteri, bila saya fikirkan anak saya, saya rasa menyesal sangat. Perkara ini banyak buat saya terfikir kalau boleh saya taknak lagi jadi macam ini.

Masa saya kena tangkap itu, isteri saya gugur. Memang saya rasa menyesal. Pernah sekali saya dukung anak dan saya menangis. Saya terkapai-kapai tak tahu mcm mana nak berhenti. Isteri tahu saya terlibat dengan benda ini. Saya merayu agar isteri beri peluang."


Di penghujung rancangan, Ezad memohon maaf kepada semua pihak dan mahu mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku. Rasanya tak adil untuk kita terus menghukum Ezad ini kan? Semua orang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Moga Ezad belajar dari kesilapan lalu, kuat dan tabah menghadapi hari mendatang.

Sumber : Portal Ohbulan

0 Response to "Punca Ezad Exist terlibat penyalahgunaan dadah"

Catat Ulasan

dzulCYBER