Foto wajah Ayden, cucu Dato’ Siti Nurhaliza

Setelah meraikan kemenangan di AIM edisi ke-21, penyanyi popular negara Dato’ Siti Nurhaliza telah terbang ke sebuah kepulauan yang indah terletak di lautan Hindi.

Pulau yang Murai Batu maksudkan ialah Pulau Maldives, berdasarkan gambar yang beliau muatnaik di Instagram, difahamkan beliau juga telah meraikan hari ulangtahun kelahiran cucunya iaitu Ayden

Murai Batu tertarik dengan kapsyen yang ditulis iaitu “Birthday Boy having good time in Maldives.”

Walaupun Dato’ Siti tidak memuatnaik gambar sambutan harijadi Ayden itu, Murai Batu rasa majlis itu dibuat secara tertutup dan telah diraikan sesama keluarga terdekat. Gambar beliau di sekitar pulau itu pun, Dato’ Siti tidak berkongsi sangat di Instagram.

Tak kan semua gambar nak kongsikan, mestilah ada ‘privacy’ betul tak? Apa-apa pun Murai Batu nak ucapkan syabas dan tahniah, kerana berjaya menjulang piala AIM21 dalam kategori vokal wanita terbaik dan album terbaik.

Semoga kerjaya Dato’ Siti terus sukses dan menjadi pencetus semangat kepada penyanyi baru untuk berjaya sepertinya.

Sumber : Portal Murai



0 Response to "Foto wajah Ayden, cucu Dato’ Siti Nurhaliza"

Catat Ulasan

dzulCYBER