6 Foto tunang Wan Raja & Yaya, kakak Emma Maembong

Bulan ini turut menjadi pilihan beberapa orang artis tanah air menjadikan ia sebagai detik hari bersejarah mereka.

Selepas Elaine Daly, kakak Emma Maembong iaitu Yaya Maembong juga akan berkahwin dengan pelakon Wan Raja.

Malah pelakon Mas Muharni juga memilih 20 Disember sebagai hari pernikahannya. Wan Raja yang juga pelakon filem ... Dalam Botol akan bernikah dengan Yaya pada 12 Disember ini di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang.

Majlis resepsi sebelah Yaya akan diadakan pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, KL manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk sebelah keluarga Wan Raja.

Pasangan ini bertunang pada 10 Syawal lalu di KL. Menurut Wan Raja mereka kenal lebih dua tahun lalu. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama.

"Ikutkan kami tak rancang untuk bertunang pun. Tapi apabila kedua keluarga kami berjumpa maka alang-alang jadilah juga majlis bertunang," kata Wan Raja yang menghubungi BH Online sebentar tadi.

Perkenalan mereka seterusnya bercambah menjadi mesra apabila masing-masing mempunyai bakat seni lain selain berlakon iaitu melukis.

"Dari bakat melukis itu kami mula sedari banyak berkongsi minat dan citarasa yang sama. Malah masa kenal, saya tak tahu pun dia kakak kepada Emma Maembong. Hanya selepas itu, selepas tersedar yang nama bapa mereka sama," katanya.

Perkahwinan dengan Yaya Maembong ini merupakan yang pertama dalam hidup Wan Raja. Biar disangka sudah berkahwin, Wan menafikan perkara itu.

"Muka saya nampak macam orang yang ada anak tiga. Saya sudah biasa dengan tanggapan itu. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Mulut orang... biarlah," katanya.

Ketika ini persiapan kahwin hampir sempurna. Menurut Wan Raja sudah 95 peratus. Kata Wan Raja lagi, cuma majlis di sebelah pihaknya saja yang perlu diberi perhatian kini kerana dia terikat dengan penggambaran drama Teman Lelaki Upahan slot Akasia TV3 di Sarawak.

"Majlis di KL berkonsepkan bangsawan manakala di Pulau Pinang pula bertemakan P Ramlee dan Saloma. Kami bertuah kerana penaja iaitu Putree Bridal dari Queensbay dan Wedding Studio, Bukit Jelutong mampu merealisasikan apa yang dihajati," katanya.

Mengenai bulan madu, pasangan ini akan berbulan madu di pulau sekitar Sabah. Khabarnya juga Emma Maembong akan menaja bulan madu pasangan ini ke London - Berita Harian







0 Response to "6 Foto tunang Wan Raja & Yaya, kakak Emma Maembong"

Catat Ulasan

dzulCYBER