Foto terkini Sari Yanti selepas bercerai

Menerusi laporan Utusan, Mahkamah Rendah Syariah Petaling diberitahu pelakon Sari Yanti dan suaminya Mohd. Edy Casmadi Che Hussain telah bercerai secara tebus talak sebanyak RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd. Edy Casmadi memberitahu perkara itu kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah bahawa tebus talak itu dibayar oleh Sari Yanti kepada Mohd Edy.

Abd. Halim kemudiannya menetapkan 9 Februari tahun depan untuk perbicaraan kes itu sekiranya tidak ada penyelesaian antara pasangan itu.

Kedua-kedua mereka itu tidak hadir pada prosiding itu dan Sari Yanti hanya diwakili peguam syarienya, Marlina Amir Hamzah.

Untuk rekod, pada 25 Februari yang lalu, Sari Yanti memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Bagaimanapun, Mohd. Edy kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz ke atas Sari Yanti pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 16 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aly, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Sumber : Portal Ohbulan



0 Response to "Foto terkini Sari Yanti selepas bercerai"

Catat Ulasan

dzulCYBER