6 Foto pra-perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel

Satu lagi artikel hiburan diinspirasikan dari apa yang terjadi di Instagram selebriti, kita namakan ini Instagram journalism, kalau pun ianya boleh dipanggil sebagai journalism. HAHA! Terbaru, kita ada kisah tentang pasangan selebriti Wawa Zainal & Aeril Zafrel.

Semalam, Aeril Zafrel ada memuat naik sebuah video pendek menunjukkan Wawa Zainal sedang disolek dan nampak seperti teaser untuk satu majlis kerainan atau perkahwinan. Seperti yang kita sedia maklum, pasangan ini sudah lama berkahwin.

Dan dari beberapa keping gambar lain yang kami temui di Instagram, mereka berdua nampaknya sudah selesai menjalani sesi fotografi untuk acara Malaysia International Wedding Festival yang akan berlangsung Januari 2015 kelak.

Ada kemungkinan besar jika dilihat dari apa yang dipaparkan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel akan bersanding di khalayak ramai buat pertama kalinya sejak sah bernikah pada tahun 2013.

Peminat yang berminat untuk saksikan pasangan ini bersanding laksana pengantin baru boleh menghadiri festival itu nampaknya nanti. Mesti meriah!

Sumber : Portal Rotikaya







1 Response to "6 Foto pra-perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel"

dzulCYBER